ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Ogos 2021.

1. Jenazah Siti Sarah dikebumi di Gombak

Difahamkan juga jenazah akan dikebumikan bersebelahan pusara ibunya Allahyarham Noor Aini Mohamad.

2. Dakwaan Ahli Parlimen terima tawaran rasuah, polis rujuk laporan kepada SPRM

PDRM Perak telah merujuk laporan seorang Ahli Parlimen berhubung mesej yang disyaki berunsur rasuah kepada pihak SPRM.

3. Tiada keperluan adakan PRK DUN Melor

Keputusan itu diambil selepas berakhirnya Proklamasi Darurat 2021 dan Seksyen 13 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

4. "Anak-anak belum tahu ibu mereka sudah tiada" - Shuib

Artis dan usahawan, Shuib redha dan berlapang dada menerima ketentuan bahawa sudah sampai masanya isteri tercinta, Siti Sarah kembali ke pangkuan Allah.

5. Jonker Walk hampir 'lumpuh'

Penutupan sektor pelancongan menyebabkan pemilik dan penyewa premis terjejas teruk akibat hilang punca pendapatan.

6. Warga emas aibkan MB Kedah di Facebook ditahan polis

Seorang lelaki berusia 61 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes mengaibkan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, menerusi satu video jelik berdurasi 9.19 minit yang tular di laman sosial Facebook sejak semalam.

7. Rentas negeri, daerah individu bujang: Ini penjelasan Hishammuddin

Kerajaan perlu mempertimbangkan pelbagai perkara termasuk risiko yang tinggi sebelum membenarkan individu berusia lebih 18 tahun dan lengkap divaksin untuk merentas negeri atau daerah bagi bertemu ibu bapa.

8. COVID-19: 212 kematian, 17,236 kes baharu

Malaysia merekodkan pertambahan kes harian COVID-19 sebanyak 17,236 kes sepanjang 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah keseluruhannya sejak pandemik itu bermula kini sebanyak 1,279,776 kes.

9. Maal Hijrah: Perbetul niat, tekad dan usaha perbaiki diri - PM Muhyiddin

Rakyat dan umat Islam perlu memperbetulkan niat, tekad dan usaha untuk memperbaiki diri dan amalan dalam kehidupan seharian.

10. Kelonggaran individu lengkap divaksin dibuat berhati-hati - Hishammuddin

Keputusan kerajaan dalam memberi kelonggaran kepada individu-individu yang telah lengkap divaksin dibuat dengan berhati-hati atau 'calculated and careful approach'.