ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Ogos 2021.


1. Calon PM ke-9: GPS dijangka sokong Ismail Sabri - Penganalisis politik

Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijangka akan menyokong calon perdana menteri yang dikemukakan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.



2. Kes varian Delta di Sarawak meningkat mendadak melebihi 73 peratus - IHCM

Kadar pengesanan keseluruhan kes positif COVID-19 varian Delta di Sarawak telah meningkat secara mendadak melebihi 73 peratus dari 50 peratus setakat 3 Ogos 2021.


3. Teka-teki siapa Perdana Menteri ke-9 mungkin berakhir hari ini

Teka teki siapa Perdana Menteri ke-9 mungkin berakhir hari ini. Ini susulan kesemua Ahli Dewan Rakyat perlu menyerahkan satu surat akuan bersumpah untuk menamakan seorang calon Perdana Menteri seterusnya.


4. Lima individu termasuk jurutera direman bantu siasatan kes rasuah

Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini mengeluarkan perintah reman terhadap lima individu termasuk seorang jurutera dan dua penolong jurutera sebuah agensi kerajaan di Hulu Selangor bagi membantu siasatan berhubung dua kes rasuah membabitkan dua syarikat kontraktor.


5. PM terpilih menerusi SD perlu kemuka usul undi percaya di Parlimen - Agong

Baginda bertitah bahawa Perdana Menteri yang dilantik hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.


6. Bonnie, Siti Nooriasah pembawa Jalur Gemilang di Paralimpik Tokyo

Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin dan atlet para olahraga, Siti Nooriasah Mohamad Ariffin dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang bagi upacara pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo, 24 Ogos ini.

7. Calon PM ke-9: 'Musim sekarang (krisis politik) semua ada hubungi, Anwar tiada' - Abang Jo

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak hari ini mengesahkan ada dihubungi oleh pemimpin politik bagi mendapatkan sokongan GPS membentuk kerajaan baharu.


8. COVID-19: 22,242 kes baharu, jumlah harian tertinggi pernah dilaporkan

Angka kes baharu COVID-19 kembali melonjak apabila sebanyak 22,242 kes baharu dilaporkan hari ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik melanda sebanyak 1,466,512 kes.


9. Bencana: Kepala air landa kaki Gunung Jerai, akibatkan kerosakan, banyak kawasan banjir

Lebih 10 kampung di kaki Gunung Jerai selain banyak taman perumahan di sekitar bandar Yan, Gurun dan Merbok dilanda banjir kilat akibat fenomena kepala air yang berlaku kira-kira jam 3 petang tadi.

10. Ahli Parlimen BN, PN, GPS menghadap Yang di-Pertuan Agong esok - Sumber

Semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijadualkan hadir ke Istana Negara untuk sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis.