Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 5, 2021 15:59 MYT
September 5, 2021 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 September 2021.
Seorang pemilik kilang berasaskan makanan telah didakwa disyaki menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dihenti tugas sebanyak dua kali.
Kenyataan Peguam Negara berhubung isu undi percaya di Parlimen didakwa bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong.
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata bagaimanapun pihaknya belum menentukan harga baharu untuk kit ujian itu.
Kerajaan Sarawak sedang dalam proses akhir untuk melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kepada golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun Rabu ini.
Presiden Pas, Datuk Seri Adul Hadi Awang menganggap pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bersesuaian dengan pengalamannya dalam menangani pandemik COVID-19.
Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berkata, varian tersebut juga kemungkinan boleh menyebabkan jangkitan atau komplikasi yang serius.
Kerajaan bersetuju untuk mengekalkan dasar pengambilan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tanpa mengira aliran sekolah selaras dengan konsep 'Keluarga Malaysia'.
Malaysia merekodkan 20,396 lagi kes jangkitan harian COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif kini 1,844,835 kes.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap pengkreditan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi Fasa Satu bermula esok (Isnin, 6 September), sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.
Sebanyak 66.3 peratus atau 13,519 kes daripada jumlah keseluruhan 20,396 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini didapati tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksin COVID-19.