KUALA LUMPUR: Sebanyak 66.3 peratus atau 13,519 kes daripada jumlah keseluruhan 20,396 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini didapati tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksin COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata inidividu tidak lengkap vaksin terdiri daripada mereka yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin atau dua dos vaksin tetapi tidak melebihi 14 hari dari tarikh dos kedua.
"Sebanyak 6,877 kes atau 33.7 peratus pula mempunyai sejarah vaksinasi lengkap, dengan 6,795 daripadanya berada pada kategori satu iaitu tidak bergejala dan kategori dua bergejala ringan.
Situasi ini jelas menunjukkan mereka yang lengkap divaksinasi adalah lebih terlindung dan kurang berisiko mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk," katanya dalam kenyataan itu.
Daripada 322 kes kategori tiga (bergejala) hingga kategori lima (bergejala kritikal), 240 kes atau 74.5 peratus terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksinasi berbanding hanya 82 kes (25.5 peratus) terdiri daripada mereka yang lengkap divaksin.
BACA: COVID-19: 20,396 kes baharu, lonjakan kes di Sarawak
Menurut Dr Noor Hisham, 336 kes kematian dilaporkan hari ini yang melibatkan 274 warganegara dan 62 bukan warganegara.
Kes kematian di luar hospital atau mati ketika dibawa (BID) yang direkodkan hari ini ialah 107 kes, menjadikan ia jumlah kes BID tertinggi sejak wabak itu melanda negara.
Ketua Pengarah itu berkata 20,573 kes sembuh dicatatkan sementara kes aktif COVID-19 di seluruh negara kini 255,789 dengan 1,338 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Daripada jumlah kes yang dirawat di ICU, 959 kes merupakan kes positif COVID-19 manakala 379 lagi ialah kes yang disyaki dan dalam siasatan.
Dalam pada itu, kes yang memerlukan bantuan pernafasan pada hari ini pula sebanyak 735 kes terdiri daripada 436 kes COVID-19 dan 299 kes merupakan kes disyaki dan dalam siasatan.
Sebanyak 37 kluster baharu dilaporkan hari ini dengan 21 daripadanya melibatkan kluster tempat kerja, 12 kluster komuniti, tiga kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu di pusat tahanan, menjadikan kluster aktif kini 1,457.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 05 2021
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata inidividu tidak lengkap vaksin terdiri daripada mereka yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin atau dua dos vaksin tetapi tidak melebihi 14 hari dari tarikh dos kedua. - Gambar fail/BERNAMA
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Varian COVID-19 JN.1 kini menular di AS
Varian baharu COVID-19 JN.1 kini merebak dengan pantas di AS sekali gus menjadi penyumbang kepada kes baharu di negara terbabit.
Vietnam rekod 13 kes cacar monyet
Bandar Ho Chi Minh di selatan Vietnam melaporkan empat lagi kes cacar monyet, menjadikan jumlah jangkitan di bandar itu kepada 13 setakat Isnin, lapor media tempatan.
COVID-19: 223 kes baharu, tiada kematian dicatat
9,380 kes aktif dilaporkan pada Sabtu dan daripada jumlah itu, 9,077 kes atau 96.8 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
COVID-19: 251 kes baharu, tiada kematian dicatat
9,350 aktif dilaporkan pada Jumaat dan daripada jumlah itu, 9,012 kes atau 96.4 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
COVID-19: 279 kes baharu, tiada kematian dicatat
Sejumlah 9,296 kes aktif dilaporkan pada Khamis dan daripada jumlah itu, 8,964 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
COVID-19: 235 kes baharu, satu kematian dicatat
Sejumlah 9,253 kes aktif dilaporkan pada Rabu dan daripada jumlah itu, 8,916 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
COVID-19: 170 kes baharu, tiada kematian dicatat
Kes aktif adalah sebanyak 9,239 kes di mana 8,934 kes atau 96.7 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
COVID-19: 244 kes baharu, lima kematian dicatat
Kes aktif yang dilaporkan pada Khamis meningkat sedikit kepada 9,256 dengan 8,896 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
COVID-19: 217 kes baharu, dua kematian dicatat
Sejumlah 9,230 kes aktif dicatat pada Rabu dengan 8,882 kes atau 96.2 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
COVID-19: 190 kes baharu, tiada kematian dicatat
Kes aktif yang dilaporkan pada Isnin sejumlah 9,219 dan daripada jumlah itu, 8,888 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.