BERIKUT antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 September 2021.

1. Program vaksinasi 'walk-in' Lembah Klang dihentikan selepas 15 September - Dr Adham

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata penduduk di Lembah Klang yang belum divaksinasi boleh mendapatkan suntikan di klinik kesihatan tertentu bermula 16 September.

2. Suntikan vaksin COVID-19 remaja di Labuan dan Lembah Klang diberikan selepas Sarawak

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 telah memberi kebenaran pelaksanaan vaksinasi COVID-19 terhadap remaja.

3. Program vaksinasi remaja Sarawak disasar selesai sebelum 3 Okt - Abang Jo

Sarawak mensasarkan program vaksinasi remaja di negeri itu akan selesai sebelum sesi persekolahan secara bersemuka bermula 3 Oktober depan, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Openg.

4. Bekas penolong pegawai JAIM direman bantu siasatan penyelewengan

Suspek berusia 36 tahun itu direman lima hari selepas dipercayai menyeleweng kutipan bayaran lebihan gaji guru kontrak jabatan itu bernilai lebih RM195,000, empat tahun lalu. 

5. Lelaki amuk hayun galah sabit atas kereta peronda polis ditahan

Polis menahan seorang lelaki dipercayai kurang siuman yang bertindak agresif dengan menghayunkan galah sabit di atas sebuah kereta peronda polis di hadapan Balai Polis Gopeng, di sini pada Rabu.

6. Vaksinasi kepada remaja akan diperluaskan - Kementerian Kesihatan

Vaksinasi kepada remaja akan diperluaskan apabila vaksinasi lengkap populasi dewasa di setiap negeri mencapai 80 peratus dan ke atas, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

7. 19,733 kes COVID19 hari ini, 361 kematian

Kes baharu COVID-19 di Malaysia berada pada angka di bawah 20,000 kes untuk tiga hari berturut-turut selepas merekodkan 19,733 kes hari ini.

8. Lembah Kelang beralih Fasa 2 PPN mulai Jumaat

Kerajaan bersetuju membenarkan kawasan Lembah Klang beralih ke Fasa 2 Program Pemulihan Negara (PPN) bermula Jumaat (10 September) ini.

9. Kerajaan Selangor mulakan proses mewartakan semula HSLKU - Amirudin

Kerajaan Negeri Selangor akan memulakan proses mewartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSLKU).

10. Fasa 2 PPN: Tiada lagi SJR, rentas daerah kini dibenarkan di Lembah Klang

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 10 September ini.