awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program vaksinasi 'walk-in' Lembah Klang dihentikan selepas 15 September - Dr Adham

Astro Awani
Astro Awani
08/09/2021
03:48 MYT
Program vaksinasi 'walk-in' Lembah Klang dihentikan selepas 15 September - Dr Adham
Program vaksinasi 'walk-in' di Lembah Klang akan dihentikan selepas 15 September ini, umum Dr Adham Baba. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Program vaksinasi 'walk-in' di Lembah Klang akan dihentikan selepas 15 September ini.
Bagaimanapun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata penduduk di Lembah Klang yang belum divaksinasi boleh mendapatkan suntikan di klinik kesihatan tertentu bermula 16 September.
"Saya ingin mengumumkan bahawa program vaksinasi secara ‘walk-in’ di Lembah Klang akan dihentikan terus selepas 15 September ini," katanya dalam sidang media hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Adham berkata keputusan itu dibuat dengan mengambil kira kadar penduduk di Lembah Klang yang masih belum divaksinasi adalah amat kecil dengan kadar kehadiran rendah di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
"Ini bermakna mulai 16 September, mereka yang belum diimunisasi, boleh dapat suntikan dos pertama di klinik kesihatan tertentu dengan senarai itu akan diumumkan kelak," tambahnya.
Jelasnya, proses vaksinasi secara ‘walk-in’ di negeri-negeri lain masih diteruskan dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat menerusi Jabatan Kesihatan negeri masing-masing.
Menurutnya, jumlah peratusan populasi dewasa yang lengkap imunisasi di Malaysia ketika ini adalah hampir 70 peratus iaitu melepasi sasaran 60 peratus yang ditetapkan.
Ia sekali gus, kata Dr Adham, membuktikan usaha Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencapai 80 peratus penduduk dewasa yang lengkap divaksinasi bagi setiap negeri sebenarnya mampu dicapai dalam masa singkat.
Topic Berkaitan
#program vaksinasi
#Klinik kesihatan
#Adham Baba
#15 September
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan