MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 September 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 September 2021.
Kerajaan memutuskan untuk tidak membuat rayuan berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang memutuskan Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik perlu dilaksanakan menjelang 31 Disember tahun ini.
KPDNHEP perhalusi cadangan turunkan lagi harga alat bantuan COVID-19 - Menteri
2. Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberitahu, KPDNHEP akan mengkaji kesemua faktor serta mengambil pendekatan situasi menang-menang antara peniaga dan pengguna.
JAS memaklumkan kilang tersebut turut disiasat berhubung pelepasan air berwarna merah ke longkang awam yang ditemui semasa pemeriksaan JAS pada cuti hujung minggu.
Polis mengesahkan tidak menerima sebarang laporan membabitkan isu dakwaan kehilangan barang kes yang merupakan wang tunai AS$6 juta (RM25 juta) sewaktu kes dikendalikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti yang ditularkan sebelum ini.
Sidang Dewan Rakyat hari ini sedikit kecoh susulan dakwaan seorang menteri kanan bertindak menghalang Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming daripada menjalankan tugas sebagai Speaker sementara pada Isnin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengucapkan tahniah atas kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang berjaya mencapai sasarannya untuk 80 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap divaksin.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, perkara itu telah dipersetujui dalam Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 pada Selasa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata statistik tersebut berdasarkan Laporan Anggaran Pendapatan Isi Rumah dan Insiden Kemiskinan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
Ahli Parlimen Gua Musang itu dalam sidang media di Parlimen hari ini mendakwa pengharaman UMNO oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Pendaftar Pertubuhan Malaysia ketika itu adalah tidak sah.
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap kerajaan sedia ada akan meneruskan agenda untuk memulihkan negara dari pandemik COVID-19 dan mengutamakan kebajikan rakyat seperti yang dilakukan oleh pentadbiran terdahulu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami