MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 September 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 September 2021.
Lawatan kerja satu hari ini dijangka memberi fokus kepada beberapa perkara mengenai pengurusan COVID-19 dan perkembangan terkini Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di negeri ini.
Pengasas Popia Jamal, Jamal Mohamed Kadir Mydin, 85 tahun, meninggal dunia akibat COVID-19 pada Sabtu.
Golongan mukhannath atau transgender perlu mengubah penampilan diri ketika berada di tempat ibadah supaya mereka tidak kelihatan ganjil atau berbeza dengan majoriti jemaah lain.
Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 dan rayuan BPR akan dikreditkan ke dalam akaun penerima secara berperingkat bermula 28 September ini dan dijangka selesai pada 30 September 2021.
James Corden menyifatkan Maryam sebagai luar biasa kerana dalam usianya yang masih muda tampil dengan idea inovasinya dan memenangi tiga pingat emas di iCAN 2021.
Angka jangkitan baharu COVID-19 dalam negara semakin menurun dengan mencatatkan 13,104 kes dalam tempoh 24 jam lalu.
Kementerian Luar melantik Pesuruhjaya Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Datuk Ahmad Azam Ab Rahman sebagai penasihat khas Wisma Putra mengenai Afghanistan.
Peluang untuk Muhammad Sajjad Kamarul Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat bertaubat sentiasa terbuka jika beliau benar-benar ingin kembali kepada fitrahnya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang meneliti keperluan untuk menukar guru-guru yang enggan menerima vaksin ke sekolah atau negeri lain.
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu berbangkit berkaitan pengurusan dan aset Lembaga Tabung Haji (LTH) akan diteruskan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami