ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 9 Oktober 2021.

1. Kerajaan lancar Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan

Pelan tindakan tersebut bertujuan menjadikan pembangunan sukan lebih inklusif dan seimbang dan ia selaras dengan Dasar Sukan Negara dan Akta Pembangunan Sukan 1997.

2. Tular audio pemimpin Pas didakwa pertikai Hadi Awang

Audio mirip suara seorang pemimpin Pas yang didakwa mempertikai kepimpinan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang tular di media sosial semalam.

3. Tiada keperluan wujudkan UMNO lama - Zahid Hamidi

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berpendapat, tiada keperluan untuk mewujudkan semula ‘UMNO lama’ yang telah diharamkan oleh mahkamah pada tahun 1988.

4. Singapura buka koridor perjalanan dengan 8 lagi negara, Malaysia tidak tersenarai

Singapura menambah lapan lagi negara dalam senarai koridor perjalanan vaksinasi yang membenarkan individu lengkap vaksinasi COVID-19 memasuki republik itu tanpa menjalani kuarantin.

5. Shafie Apdal dakwa ada unsur tawar-menawar hingga berlakunya keluar parti

Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendakwa terdapat unsur tawar-menawar yang dilakukan sesetengah pihak hingga menyebabkan berlakunya tindakan keluar parti.

6. Kabinet setuju tubuh jawatankuasa khas siasat kes kematian Muhammad Adib - PM

Mesyuarat Kabinet pada Jumaat memutuskan akan memfokuskan kepada siasatan tiga kes berkepentingan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

7. COVID-19: Jumlah kes baharu harian kembali turun kepada 8,743

Selepas beberapa hari mencatat kes baharu melebihi 9,000 kes, Malaysia hari ini mencatat penurunan kepada 8,743 kes dalam tempoh 24 jam lepas, , menjadikan kes kumulatif sebanyak 2,332,221.

8. Permohonan jaminan anak Shah Rukh Khan ditolak, Aryan dihantar ke Penjara Arthur

Mahkamah Mumbai pada Sabtu menolak permohonan jaminan ke atas anak pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan, dalam kes melibatkan penyalahgunaan dadah.

9. Seluruh negara bersiap sedia 'gelombang' pergerakan rentas negeri

Seluruh negara terutama pemain industri pelancongan mula bersiap sedia menerima 'gelombang' pergerakan rentas negeri susulan kebenaran aktiviti itu dijangka diumumkan dalam tempoh terdekat.

10. Polis siasat 'tweet' palsu senarai guru meninggal dunia akibat vaksin

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung ciapan Twitter yang mengandungi kenyataan tidak benar mengenai senarai guru yang meninggal dunia selepas mengambil suntikan vaksin COVID-19.