MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 Oktober 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 Oktober 2021.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kejayaan ini adalah hasil kerjasama konsep Keluarga Malaysia terutamanya selepas aktiviti rentas negeri dibenarkan.
Syed Saddiq ketuai Kaukus Parlimen kaji ketum, medical cannabis
2. Sembilan Ahli Parlimen hari ini telah bersetuju untuk menubuhkan satu kaukus baru untuk mengkaji isu kawal selia penggunaan ketum dan medical cannabis.
Bekalan kepada para pengguna akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat pada jam 5 petang 14 Okt 2021.
4. Pulau Batu Puteh: 'Cuba kalau Malaysia kehilangan Pulau Langkawi kepada Thailand...' - Sultan Johor
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, bertitah tindakan mesti diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran kes Pulau Batu Puteh, jika benar ia mempunyai unsur kecuaian dan kekhilafan.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid telah mengeluarkan sejumlah RM17.9 juta daripada dana Yayasan Akalbudi (YAB) antara lain adalah untuk memudahkan anak perempuannya membeli sebuah hotel butik di Bali, Indonesia.
Seorang pesara tentera ditemui maut dengan sembilan kesan tikaman pada tubuhnya di kawasan semak di Bukit Sumpitan dekat Selama pada Selasa.
Enam syarikat telekomunikasi akan menawarkan Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia untuk remaja serta golongan kurang berkemampuan bagi tempoh enam bulan bermula esok hingga April depan.
Kalau di tingkat empat, penat juga nak angkut air…”. Demikian luah penduduk di Pangsapuri Sri Negeri Sembilan, Bandar Baru Sentul di sini, susulan masalah gangguan air berjadual di Lembah Klang yang berlaku sejak semalam.
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengesahkan pengguguran keahlian Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan yang bertindak menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
SKUAD Piala Thomas tetap berjaya ke suku akhir biarpun tewas 1-4 kepada Jepun pada aksi kedua peringkat kumpulan di Arena Ceres, Aarhus Denmark hari ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami