MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 Oktober 2021.
Tema Maulidul Rasul Kebangsaan "Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti" membawa mesej kepada norma hidup yang menekankan prinsip Dasar Manhaj Rabbani iaitu Rahmat, Aman, Bertuhan, Bakti, Adil, dan Insani.
PRN Melaka: DAP tolak Norhizam sertai PRN - Guan Eng
2. DAP bertegas menolak bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Proses pembaikan susulan insiden paip pecah di Simpang 3 LBJ, Jalan B48, Kampung Chinchang, Salak Tinggi, Sepang mencapai tahap 55 peratus setakat jam 6 pagi, hari ini.
Sistem persaraan Malaysia diiktiraf ketiga terbaik di Asia dan ke 23 di peringkat global, mengatasi Jepun dan Korea Selatan.
Angka kes baharu COVID-19 yang dilaporkan sepanjang 24 jam yang lalu adalah sebanyak 5,745 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik kini 2,401,866 kes.
Sepasang suami isteri dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana didapati merentas negeri tanpa sijil vaksinasi COVID-19 yang lengkap, pada Isnin.
Kegembiraan lima sahabat mandi di air terjun Junjung, sempena cuti Maulidur Rasul bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas.
Pendirian UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk bekerjasama dengan mana-mana parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diputuskan selepas mesyuarat di tiga peringkat.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata pemimpin parti komponen PN termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Gerakan dan Pas akan mengadakan perbincangan dengan rakan politik lain untuk membentuk kerjasama berkenaan.
Harga lantai bagi ibadah umrah yang kini ditetapkan pada RM6,900 pasti akan dikurangkan, seiring dengan lebih banyak kelonggaran oleh kerajaan Arab Saudi apabila situasi COVID-19 semakin terkawal, kata Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services Sdn Bhd, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami