MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 21 Oktober 2021.
Kerajaan bersetuju dengan Dasar Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan yang sedang digubal oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi memperkasakan pengurusan risiko bencana.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Mohd Diya Che Jusoh, anggota bomba yang terlibat dalam kejadian lemas di Kampung Sungai Putat, Melaka semalam, meninggal dunia pada pukul 3.11 pagi ini.
Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah Raja Pemerintah yang arif tidak memerlukan sebarang tambahan kuasa jika tiga hak sebagai Raja Berpelembagaan dikendalikan secara bijaksana lagi berhemah.
Kadar kemasukan ke hospital akibat COVID-19 di Lembah Klang dan Sarawak meningkat dalam tempoh tujuh hari terakhir.
Kerajaan perlu menginspirasi keyakinan, memberi arah yang jelas, kestabilan politik dan komited terhadap visinya dalam proses pemulihan COVID-19 ini.
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk tidak meletakkan Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Trend peningkatan kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di beberapa negeri, termasuk Selangor, Kuala Lumpur dan Sarawak adalah membimbangkan, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata usul itu disetujukan apabila lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju selepas dibahaskan selama empat hari bermula 12 Okt melibatkan 40 Senator, disusuli penggulungan oleh 27 kementerian terlibat selama dua hari.
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin untuk penangguhan sementara pelaksanaan penghakiman terus yang diperoleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) agar mereka membayar tunggakan cukai pendapatan lebih RM1.7 bilion.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengulangi pendirian parti itu untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan Bersatu meskipun tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sudah ditetapkan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami