awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Negara lulus usul RMK12

Bernama
Bernama
21/10/2021
12:09 MYT
Dewan Negara lulus usul RMK12
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunjukkan buku 'Rancangan Malaysia Kedua Belas' (RMK12) selepas membentangkan RMK12 di Bangunan Parlimen pada 27 September lalu.- Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini meluluskan Usul Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), rancangan pembangunan negara untuk tempoh 2021 hingga 2025.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata usul itu disetujukan apabila lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju selepas dibahaskan selama empat hari bermula 12 Okt melibatkan 40 Senator, disusuli penggulungan oleh 27 kementerian terlibat selama dua hari.
Antara isu yang dibangkitkan dalam sesi perbahasan adalah mengenai Orang Kurang Upaya (OKU), belia, kadar gaji minumum, tahap kesihatan awam dan vaksinasi melibatkan Orang Asli.
Persidangan hari ini menyaksikan 12 kementerian meneruskan penggulungan perbahasan termasuk empat jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Pada 12 Okt lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membentangkan RMK12 di Dewan Negara yang akan menjadi landasan hala tuju pembangunan lima tahun negara.
Mengikut takwim Dewan Negara, persidangan pada Isnin ini akan diteruskan dengan rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain.
Persidangan Dewan Negara bersambung Isnin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#RMKe-12
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan