ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 Oktober 2021.
1. [LAPOR LANGSUNG] Mengenang Mamat Khalid
Mamat Khalid rebah di kafenya di Sarang Art Hub, Tanjung Malim sebelum dibawa ke Hospital Slim River dan disahkan meninggal dunia.
2. Malaysia sertai dunia sambut Hari PBB
Malaysia hari ini bersama-sama 192 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meraikan sambutan Hari PBB.
3. Lima beradik yatim piatu jadi anak angkat Perkeso
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menjadikan lima beradik yang kehilangan kedua ibu bapanya akibat COVID-19 sebagai anak angkat.
4. PRN Melaka: Mesyuarat Cawangan UMNO Klebang Kecil kecoh, Idris muncul beri ucapan
Mesyuarat UMNO Cawangan Klebang Kecil di Klebang hari ini kecoh selepas kemunculan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dalam majlis itu.
5. PRN Melaka: Tiada kerjasama dengan Bersatu? Itu pendirian Zahid, bukan akar umbi - Azmin
Pengarah Jabatan Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu membuat keputusan sama ada mahu bekerjasama dengan gabungan itu atau sebaliknya.
6. COVID-19: 5,666 kes baharu, sedikit menurun berbanding semalam
Malaysia hari ini mencatatkan 5,666 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sedikit menurun berbanding semalam. Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,431,716 kes.
7. Kritikal untuk cegah amalan rasuah dalam limpahan belanjawan RMK12 - Akhbar Satar
Pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkaitan peruntukan RM400 bilion untuk pembangunan projek yang sedia ada dan baharu, mencetuskan kebimbangan tentang kemungkinan salah laku oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
8. PRN Melaka: Perhimpunan berkaitan pilihan raya dilarang mulai 25 Okt
Sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya dilarang bermula 25 Oktober hingga 27 November 2021, menurut ketetapan baharu Kementerian Kesihatan (KKM).
9. Kawasan Titi Hayun, Batu Hampar dan Seri Perigi tidak selamat untuk dikunjungi
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga Kedah Datuk Suraya Yaacob berkata ini kerana, beberapa struktur binaan dan tanah di sekitar kawasan itu didapati turut runtuh sekali gus berubah landskap kawasan menyebabkan aliran air deras dan tidak terkawal.
10. 390,000 peluang pekerjaan telah dicipta sehingga September - Tengku Zafrul
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, jumlah itu adalah sebahagian daripada sasaran kerajaan untuk mencipta 500,000 peluang pekerjaan di negara ini.
Astro Awani
Sun Oct 24 2021
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 Oktober 2021.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.