Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 31, 2021 15:54 MYT
Oktober 31, 2021 15:54 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 31 Oktober 2021.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing meninggal dunia pagi tadi akibat komplikasi selepas disahkan positif COVID-19.
Apa yang lebih utama adalah kemampuan kerajaan untuk membayar semula pinjaman tersebut.
"Saya amat sedih yang mana pagi ini beliau (Tan Sri James Jemut Masing) telah menghembuskan nafas terakhir. Sumbangannya begitu tinggi sekali,".
Jumlah kes harian COVID-19 pada Sabtu mencatatkan penurunan dengan 4,979 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,471,642 kes sejak pandemik bermula.
Sebuah venue berprestij kembali membuka pintunya dengan persembahan konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) Bersama Bintang Misha Omar pada Sabtu malam.
Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan bahawa parti itu tidak berada di dalam dilema atau menghadapi masalah dalam memilih rakan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November depan.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menafikan kenyataan yang mendakwa kerajaan negeri itu meminta wang percuma daripada kerajaan Persekutuan berkaitan isu membabitkan tuntutan bayaran royalti pajakan Pulau Pinang.
Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan seramai 4.8 juta individu bujang merupakan antara 9.6 juta rakyat Malaysia yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan dalam Bajet 2022 Jumaat lepas.
Kemudahan pengeluaran bersifat luar biasa seperti i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra berikutan pandemik COVID-19 telah mengakibatkan sejumlah RM101 bilion telah dikeluarkan dan disalurkan kepada 7.4 juta ahli.
Majlis Syura Ulamak (MSU) Pas menyerahkan kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat untuk membuat keputusan berkaitan penggunaan lambang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.