ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menafikan kenyataan yang mendakwa kerajaan negeri itu meminta wang percuma daripada kerajaan Persekutuan berkaitan isu membabitkan tuntutan bayaran royalti pajakan Pulau Pinang.
Sebaliknya, menurut beliau, apa yang dilakukannya itu adalah bagi mendapatkan serta menuntut hak yang sewajarnya bagi negeri Jelapang Padi itu.
"Mereka kata Kedah nak duit 'free', kita kerja pulun sampai ke keting dah... hak kita, kita wajib tuntut. Takkan orang (yang) tuntut hak dia, mereka tuduh orang itu tak bekerja (dan nak duit percuma).
"(Sebenarnya) tuntut hak (itu juga) satu kewajipan, (dan merupakan) satu pekerjaan juga, dia (boleh) kata nak duit free. Yang orang itu (kerajaan Pulau Pinang) dapat 'free' itu, dapat tanah 'free', dapat negeri 'free', dapat air 'free', (mereka) tidak kata apa-apa, (tapi) dia kata kita (di Kedah ini) malas.
"Orang yang (buat kenyataan macam itu sebenarnya) terpesong dengan propaganda, saya harap dapat diperbetulkan, (kita nak tuntut daripada kerajaan pusat itu) bukan urusan dia, (tetapi) negeri pajak (memang) macam itulah," ujarnya.
Sanusi berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan sidang media selepas merasmikan majlis penutup #MyDigitalMaker Virtual Fair Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar pada Ahad.
Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan bahawa proses penubahan jawatankuasa berkaitan isu pajakan terbabit adalah bagi memastikan pengumpulan bahan sejarah dapat dibuat bagi mendapatkan satu pandangan yang tepat dan bukannya bagi menentukan sama ada Pulau Pinang dipajak daripada Kedah ataupun tidak.
BACA: Kedah tubuh pasukan tentukan isu pajakan Pulau Pinang
"Ada orang kata, kita nak tubuhkan jawatankuasa itu selepas tuntutan, tidak (benar), benda itu sudah establish (ditubuhkan) lama, daripada beratus tahun... (fakta mengatakan) Pulau Pinang dipajak daripada Kedah, bukan saya (hendak) tubuh jawatankuasa (untuk) nak tahu sama ada pajak atau tidak, pajak memang sudah pajak.
"Isu sekarang ini orang tanya saya, ada dokumen atau tiada, (berapa) nilai sebenar, dari segi sejarah Kedah waktu itu, (Pulau Pinang) Kedah punya atau Siam punya, jadi benda itu terkait dengan kajian sejarah, oleh kerana banyak sangat orang nak cakap, jadi kita (akan) kumpul bahan itu oleh satu jawatankuasa, kita akan 'establishkan' satu pandangan (mengikut fakta dan kajian yang dilakukan)," katanya lagi.
Pada Rabu, Kerajaan Negeri Kedah menuntut bayaran sebanyak RM100 juta setahun daripada kerajaan Persekutuan sebagai royalti pajakan tanah Pulau Pinang dan Seberang Perai untuk dimasukkan di dalam pembentangan Bajet 2022.
Sanusi menyatakan nilai berkenaan adalah sesuai dan munasabah berbanding bayaran royalti yang diterima negeri itu sebanyak RM10,000 setahun sejak tahun 1786 serta bayaran khas RM10 juta yang dibuat kerajaan Persekutuan sejak tahun 2018.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam kenyataan balas pula menyatakan bahawa tidak akan membuat sebarang bayaran kepada Kerajaan Negeri Kedah berhubung tuntutan RM100 juta bagi ‘pajakan tanah’ negeri itu sebagaimana dituntut Menteri Besarnya.
Dalam masa sama, Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan Persekutuan juga tidak perlu melayan sebarang tuntutan yang di luar daripada perjanjian dan persetujuan sedia ada.
Abd Hadi Che Awang
Sun Oct 31 2021
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mengadakan sidang media selepas merasmikan majlis penutup #MyDigitalMaker Virtual Fair Negeri Kedah di Wisma Darul Aman hari ini. - Foto BERNAMA
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Pemandu Jabatan Tanah dan Ukur Kudat mengaku tidak bersalah minta rasuah
Tertuduh, Ali Hashin Nasip didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 5 dan 19 September 2020 dengan meminta suapan daripada Chong Fah Shin berjumlah RM15,000 di dua tempat berlainan.
Pajakan P. Pinang: Bukan minta duit 'free' tetapi tuntut hak Kedah - Sanusi
Sebaliknya, menurut Sanusi, apa yang dilakukannya itu adalah bagi mendapatkan serta menuntut hak yang sewajarnya bagi negeri itu.
P. Pinang tidak akan buat sebarang bayaran kepada Kedah - Ketua Menteri
Kerajaan Persekutuan juga tidak perlu melayan sebarang tuntutan yang di luar daripada perjanjian dan persetujuan sedia ada, tegas Ketua Menteri.
Dakwaan skandal 'Watergate' baharu libatkan Mohd Khairuddin tidak benar - LGM
LGM bertegas keputusan bagi pajakan Lot 20013, dan penjualan Lot 20012, masih belum diputuskan Lembaga Pengarah
Felda tanggung hutang RM10.7 bilion, masalah kecairan RM1.3 bilion
Langkah-langkah pemulihan tersebut dijangka membawa hasil positif ke atas Felda pada 2023.
FGV minta Felda hentikan siaran media
Pengerusi FGV Datuk Wira Azhar Abdul Hamid menulis surat kepada Pengerusi Felda Datuk Seri Idris Jusoh memaklumkan kepadanya bahawa notis untuk menamatkan LLA itu masih tidak diterima setakat Isnin.
Isu tanah kampung baru perlu dapat pandangan semua pihak - MB Perak
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya akan mendapatkan pandangan semua pihak sebelum membuat sebarang keputusan.
Kerajaan Pulau Pinang jamin lanjutkan tempoh pajakan tanah industri
Sebahagian daripada pajakan tanah industri akan tamat antara 10 dan 15 tahun akan datang.
Kerajaan Persekutuan setuju beri sumbangan khas RM10 juta setahun kepada Kedah
Keputusan itu diambil susulan daripada hasrat disuarakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mempengerusikan Majlis Kewangan Negara untuk 2018 pada 7 Jun.
FGV masih berbincang dengan Felda, termasuk perjanjian pajakan tanah
Keutamaan pilihan adalah untuk kepentingan terbaik FGV, Felda dan pemegang saham lain dan menawarkan penyelesaian menang-menang untuk semua.