MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 November 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 November 2021.
Tidak lama lagi, rakyat Malaysia akan dapat menyemak status halal produk daripada luar negara melalui Sistem Maklumat Bersepadu Halal yang kini sedang dibangunkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Jakim akan laksana tiga mekanisme elak isu 'kartel daging' berulang
2. Jakim akan melaksanakan tiga mekanisme bagi meningkatkan piawaian kualiti dan jaminan keselamatan produk makanan halal di semua rantaian, kata Perdana Menteri.
Usaha mewujudkan undang-undang anti lompat parti sepatutnya digerakkan lebih awal selepas kerajaan memeterai MoU dengan pembangkang, tegas Datuk Seri Azalina Othman Said.
Saranan supaya PRU15 disegerakan bukan untuk kepentingan UMNO dan BN, sebaliknya bagi memastikan kerajaan yang dibentuk mendapat mandat rakyat, kata Datuk Seri Mohamad Hasan.
Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur menetapkan 8 Dis untuk keputusan rayuan bekas Perdana Menteri terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sifatkan permintaan supaya beliau berundur sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) hanyalah satu pandangan.
Tun Dr Mahathir Mohamad menempelak Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa beliau cuba menuding jari mempersalahkannya kerana membuat pindaan kepada Akta Saraan Ahli Parlimen 1980.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyatakan kegusaran mereka mengenai risiko majoriti ahlinya berkemungkinan menjalani hari tua dalam kemiskinan kerana pengeluaran akibat COVID-19 telah memburukkan keadaan menyebabkan jumlah simpanan yang tidak mencukupi.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Ops Sedar di seluruh negara bermula esok bagi memantau pemilik kenderaan yang gagal memiliki perlindungan insurans kenderaan motor.
Pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam waktu yang terdekat dilihat dapat mengurangkan 'iklim politik' berpanjangan yang dihadapi oleh negara ketika ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami