Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 28, 2021 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 November 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 November 2021.
1. Pelan Tindakan Perpaduan Negara: PM seru masyarakat bersatu tepis usaha cemar perpaduan
Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 adalah usaha untuk mengembalikan semula impian asal tentang perpaduan, yang tersurat dalam lima prinsip Rukun Negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
2. Kempen PRN menerusi media rasmi: KKMM akan bincang dengan kerajaan Sarawak
KKMM akan berbincang dengan Kerajaan Negeri Sarawak bagi mendapatkan input sama ada wujud keperluan untuk calon PRN berkempen menerusi saluran televisyen dan radio rasmi kerajaan.
3. Roti Gardenia naik harga: KPDNHEP minta kemuka justifikasi
KPDNHEP telah mengadakan pertemuan dengan Gardenia KL berhubung laporan kenaikan harga roti yang dijadual berkuat kuasa 1 Dis ini.
4. Kelantan dijangka tidak alami banjir besar pada musim tengkujuh kali ini
Kelantan dijangka tidak mengalami banjir besar seperti yang pernah dialami pada tahun 2014 dalam tempoh musim tengkujuh kali ini, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
5. Pengembara VTL-Land wajib jalani ujian saringan COVID-19 semasa ketibaan mulai 29 Nov
Semua pengembara yang tiba di Singapura dari Malaysia melalui VTL-Land wajib menjalani ujian pengesanan pantas (RTK) semasa ketibaan.
6. COVID-19: 4,239 lagi kes baharu direkodkan hari ini
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, pertambahan jumlah kes baharu itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara adalah sebanyak 2,623,816.
7. Mat tunai nazar jalan kaki 290 km, rentas tiga negeri empat hari untuk balik kampung
Seorang lelaki berjaya menunaikan nazarnya dengan berjalan kaki sejauh 290 kilometer merentas negeri Selangor, Pahang dan Kelantan untuk pulang ke kampung halamannya di Kampung Bertam Baru, Gua Musang, Kelantan.
8. Biar masa tentukan nasib Muafakat Nasional - Mahdzir
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyerahkan kepada masa bagi menentukan nasib serta masa depan Muafakat Nasional (MN) yang melibatkan kerjasama antara parti Pas dan UMNO.
9. KKM tidak tolak kemungkinan jadikan dos penggalak sebagai pelengkap vaksinasi - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menolak kemungkinan bahawa penerima dos penggalak vaksin COVID-19 pula akan diletakkan di bawah kategori lengkap vaksinasi.
10. PM tegur agensi kerajaan, GLC, swasta kurang guna Bahasa Melayu
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegur agensi kerajaan, swasta, serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dilihat kurang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
#berita pilihan #berita Malaysia #berita tempatan #Berita Harian #Berita AWANI