KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,239 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam yang menunjukkan penurunan 858 kes berbanding semalam 5,097 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, pertambahan jumlah kes baharu itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara adalah sebanyak 2,623,816.

"Daripada jumlah kes baharu hari ini, 73 kes atau 1.7 peratus melibatkan kategori kategori tiga, empat dan lima manakala baki 98.3 peratus (4,166 kes) lagi terdiri daripada kategori satu dan dua," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham memberitahu, sebanyak 5,007 pesakit disahkan sembuh menjadikan mereka yang sembuh merekodkan 2,527,052 kes atau 96.3.

Menurutnya lagi, sebanyak tiga kluster baharu direkodkan dengan 228 kluster aktif dikesan setakat ini.

Mengikut laman sesawang COVIDNOW, setakat tengah malam Sabtu, sebanyak  40 lagi kematian baharu direkodkan dengan kes kumulatif kematian mencecah 30,280 kes.