1. Kes buli: Enam pelajar MRSM digantung serta-merta selama dua minggu - Mahdzir
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengesahkan bahawa enam pelajar sebuah MRSM di Perak yang terlibat di dalam kes buli beberapa hari lalu, digantung persekolahan serta-merta selama dua minggu.
2. Ismail Sabri mahu sokongan UMNO sebagai PM untuk selesai isu rakyat
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu terus mendapat sokongan parti sebagai perdana menteri untuk membantunya fokus menyelesaikan isu ekonomi dan kesihatan dihadapi rakyat.
3. PRN Sarawak: 17,885 kertas undi pos dikeluarkan
Sebanyak 17,885 kertas undi pos dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) kepada yang berhak untuk mengundi secara pos pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak.
4. Tempoh diskaun pembayaran saman JPJ dilanjutkan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa tempoh pengurangan kadar kompaun saman sebanyak 80 peratus telah dilanjutkan.
5. Konsep 5G dibincangkan bersama antara KKMM-MoF awal tahun ini - Saifuddin
Perundingan mengenai pelaksanaan konsep rangkaian tunggal 5G atau Rangkaian Borong Tunggal (SWN) menerusi Digital Nasional Bhd (DNB) sebagai pelaksana projek itu telah dilaksanakan awal tahun ini, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
6. Harga barangan keperluan harian dijangka stabil menjelang Januari
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjangkakan harga barangan keperluan harian, akan kembali stabil sepenuhnya menjelang bulan Januari depan.
7. 5G: DNB wujud selepas ambil kira perbezaan kepentingan syarikat telekomunikasi - Muhyiddin
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin hari ini menggariskan beberapa sebab utama mengapa Digital Nasional Berhad (DNB), diwujudkan Kerajaan Persekutuan sebagai penyedia dan pemudahcara perkhidmatan 5G untuk negara ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik melanda negara kepada 2,688,149.
9. Kes buli MRSM: 4 lagi ditahan, 6 pelajar dibebaskan
Polis menahan empat lagi pelajar bagi membantu siasatan kes buli didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, seperti yang tular dalam media sosial semalam.
10. Kes buli MRSM: Mangsa dirawat di hospital, alami kecederaan tisu lembut
Mangsa buli melibatkan pelajar Tingkatan Satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar telah menerima rawatan di hospital dan berada dalam keadaan stabil.