ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Disember 2021.

1. [LAPOR LANGSUNG] Sembilan terkorban akibat banjir di Shah Alam

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata dua mayat dijumpai pada Ahad, manakala tujuh lagi semalam.


2. Banjir: Mydin "halalkan" kes pecah masuk demi kelangsungan hidup

Datuk Ameer Ali Mydin menjelaskan beliau tidak menyokong perbuatan mencuri, namun dalam keadaan darurat, mungkin mangsa banjir tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut.


3. MetMalaysia: Amaran hujan berterusan di utara Semenanjung

Amaran tahap waspada itu melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Perak.


4. Banjir: 17 korban nyawa di Selangor - Menteri Besar

Sejumlah 17 kematian direkodkan di seluruh Selangor susulan bencana banjir yang melanda negeri itu.


5. Banjir: PM akui 'kelemahan', urus tadbir akan ditambah baik - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri tidak menafikan terdapat kelemahan dalam pengurusan bencana banjir terutamanya di negeri Selangor sehingga mengorbankan 17 nyawa di Selangor, setakat ini.


6. Tun Mahathir dibenar keluar dalam beberapa hari lagi - IJN

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan dibenarkan keluar dalam beberapa hari lagi selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN).


7. Neelofa, PU Riz kekal dilepas tanpa dibebaskan

Mahkamah Majistret Seremban pada Selasa mengekalkan keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) selebriti dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Ismail daripada pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 2 Mei lalu.


8. Selangor selaras bantuan banjir: "Kawasan ramai artis, ramai pula nak ke sana" - MB

Koordinasi bantuan di negeri Selangor akan ditingkatkan apabila beberapa Exco Kerajaan Negeri diberi amanah dan mandat untuk melaksana operasi gerak kerja dan bantuan.


9. Banjir: Kelemahan terpampang jelas, Anwar kesal cara pengurusan banjir

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan kekesalan terhadap sikap dan cara pengurusan banjir oleh pemimpin di negara ini.

10. Banjir: Tiada lagi hujan berterusan, cuaca di utara bertambah baik - MetMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan cuaca di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia bertambah baik.
Ini susulan lekukan tropika di sekitar kawasan itu yang menunjukkan tanda-tanda lemah, katanya dalam kenyataan pada Selasa.