Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 6, 2022 15:59 MYT
Januari 6, 2022 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Januari 2022.
Datuk Seri Salahuddin Ayub menggesa satu usul tergempar dibahaskan pada persidangan Parlimen berkaitan dakwaan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki memiliki saham dengan jumlah yang melampau.
Perlis membenarkan jemaah solat di masjid di seluruh negeri merapatkan saf berkuat kuasa waktu Subuh, Sabtu ini.
Dewan Undangan Negeri Johor hari ini sebulat suara meluluskan pindaan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895 (Pindaan) 2021 bagi menurunkan kelayakan had usia calon bertanding pilihan raya, daripada 21 kepada 18 tahun.
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) apabila 14 peratus daripada 122 kes Omicron membabitkan jemaah umrah setakat Selasa tidak menerima suntikan vaksin.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan memanggil Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berhubung isu pemilikan saham olehnya.
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak yang membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini dilapangkan selepas Mahkamah Tinggi di sini dimaklumkan bahawa saksi pendakwaan tidak dapat hadir untuk memberi keterangan.
abatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengesan 10 kes varian Omicron COVID-19 di negeri ini membabitkan enam individu yang baru pulang dari Arab Saudi selepas mengerjakan umrah.
Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberitahu, KKM pada ketika ini sedang mengadakan perbincangan dengan pihak pengeluar vaksin itu berhubung jadual penghantaran.
Satu sidang Khas Parlimen bagi membahaskan isu banjir akan berlangsung bagi pada 20 Januari depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Vaksin penggalak CanSino boleh diambil dengan sela masa tiga hingga enam bulan selepas menerima dos pertama vaksin yang sama.