KUALA LUMPUR: Vaksin COVID-19 Comirnaty keluaran Pfizer (Pfizer) diberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk imunisasi kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-368 yang bersidang hari ini.
"’Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection’ diluluskan untuk imunisasi COVID-19 kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.
"Sediaan ini mempunyai kekuatan yang lebih rendah berbanding vaksin Comirnaty yang diberikan kepada individu berusia 12 tahun dan ke atas," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sementara itu mesyuarat berkenaan juga meluluskan Comirnaty (Tris/Sucrose) 30mcg dengan formulasi baharu untuk imunisasi COVID-19 kepada individu berumur 12 tahun dan ke atas.
Formulasi baharu ini katanya tidak memerlukan pencairan sebelum disuntik dan mempunyai tempoh jangka hayat lebih panjang, iaitu 10 minggu berbanding formulasi sedia ada iaitu satu bulan apabila disimpan pada suhu 2 darjah Celsius hingga 8 darjah Celsius dinyah beku.
Dalam pada itu PBKD juga meluluskan penggunaan vaksin Convidecia® Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Vektor Adenovirus Jenis 5) (Cansino) sebagai dos penggalak kepada individu berumur 18 tahun ke atas.
Vaksin penggalak ini katanya boleh diambil dengan sela masa tiga hingga enam bulan selepas menerima dos pertama vaksin yang sama.
Bagaimanapun katanya kelulusan pendaftaran bersyarat itu masih memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.
Bernama
Thu Jan 06 2022
Dr Noor Hisham berkata, vaksin penggalak ini boleh diambil dengan sela masa tiga hingga enam bulan selepas menerima dos pertama vaksin yang sama. - Gambar fail
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Uganda lancar kempen vaksinasi besar-besaran demam kuning
Menteri Kesihatan Ruth Aceng berkata kempen itu akan diadakan di enam wilayah.
COVID-19: Indonesia laksana semula vaksinasi hujung tahun ini
Sebelum pelaksanaannya, Kementerian Kesihatan akan menjalankan kajian terperinci.
Sains tingkah laku pertahanan untuk sistem kesihatan - Khairy
Khairy menegaskan komunikasi yang tepat dan jelas memainkan peranan penting untuk merubah gaya hidup masyarakat, sekaligus melindungi sistem penjagaan kesihatan.
Bermula 1 Mei, pelitup muka di luar bangunan, kawasan terbuka tidak lagi wajib - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia memutuskan pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor), tidak lagi diwajibkan.
JAKOA tubuh 'task force' jayakan PICKids
Pasukan itu melibatkan pelbagai agensi terutamanya Kementerian Kesihatan Kementerian Pendidikan dan agensi kerajaan berkaitan.
Negara lepasi kemuncak Omicron, tapi SOP masih berkuat kuasa - Khairy
Khairy mengingatkan bahawa masih terdapat SOP yang perlu diikuti, untuk terus memastikan jangkitan COVID-19 stabil di negara ini.
Operasi PPV Integrasi di Lembah Klang ditutup
Penutupan PPV 'offsite' secara berperingkat pula akan dibuat mulai Mac 2022 apabila kadar pemberian dos penggalak bagi penduduk dewasa mencapai 64 peratus.
PICKids: 54,000 dos vaksin Pfizer tiba di Kuching
Sebanyak 54,000 dos vaksin Pfizer bagi PICKids Sarawak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, pada Khamis.
Kes COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat - Dr Rohaizat
Program vaksinasi COVID-19 kepada kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun ini bagi mengelak kanak-kanak tersebut mendapat kesan lebih serius akibat COVID-19 jika tidak divaksin.
PICKids usaha lindungi kanak-kanak
Dianggarkan seramai 4 juta kanak-kanak berumur lima hingga bawah 12 tahun layak untuk menerima vaksin Comirnaty (Pfizer-BioNTech) melalui program PICKids.