awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin: DCA lulus penggunaan Pfizer untuk kanak-kanak 5-11 tahun - Khairy

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
06/01/2022
10:36 MYT
Vaksin: DCA lulus penggunaan Pfizer untuk kanak-kanak 5-11 tahun - Khairy
Khairy Jamaluddin Abu Bakar (kanan) memberitahu, KKM pada ketika ini sedang mengadakan perbincangan dengan pihak pengeluar vaksin itu berhubung jadual penghantaran. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan Pihak Berkuasa Ubat-ubatan (DCA) meluluskan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.
Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberitahu, KKM pada ketika ini sedang mengadakan perbincangan dengan pihak pengeluar vaksin itu berhubung jadual penghantaran.
Ini bakal menyaksikan kali pertama golongan berusia itu menerima vaksin di negara ini.
"Kita masih mengadakan perbincangan dengan pihak PfizerBioNTech mengenai jadual penghantaran, kita akan mengumumkan nanti dalam masa terdekat," katanya pada sidang media di Parlimen di sini, pada Khamis.
[TERKINI] Sidang media Menteri Kesihatan
Berkait isu yang sama, Khairy memaklumkan KKM menubuhkan Jawatankuasa Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (CITF-C) hari ini untuk menjalankan pelaksanaan Program Imuninasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICK Kanak-kanak).
Menurutnya, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
Sebelum ini kerajaan menubuhkan COVID-19 Remaja (CITF-A) bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja) dan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak (CITF-B).
Topic Berkaitan
#CITF-C
#Khairy Jamaluddin
#Kementerian Kesihatan
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan