ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Mac 2022.

1. COVID-19: 110,000 ubat antiviral Paxlovid akan tiba bulan ini - Khairy

Perjanjian dengan syarikat farmaseutikal itu telah dimuktamadkan Februari lalu bagi perolehan pertama yang dijangka tiba dalam tempoh dua minggu lagi.

2. Pelajar sekolah menengah hadir secara bersemuka mulai 4 April

Bermula pada 21 Mac, pelajar sekolah menengah akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama dua minggu.

3. PRN Johor: Minum air lombong, redah gelora ombak ke sekolah: Rendahkah nilai undi Orang Asli Seletar Laut?

Terdapat dua lombong besar yang merupakan sumber air untuk penduduk di kampung tersebut, namun kualitinya amat meragukan.

4. VTL: Laluan baharu antara Malaysia-Thailand-Kemboja bermula 15 Mac

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata pengembara yang telah divaksin sepenuhnya akan dibenarkan melalui laluan itu, tanpa perlu menjalani kuarantin semasa ketibaan.

5. Pembukaan sempadan: PM akan umum minggu depan - Khairy

Maklum Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, mesyuarat Kabinet pada Jumaat telah bersetuju dengan keputusan itu.

6. Hanya pemimpin ikhlas yang sayangkan MN - Takiyuddin

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menerusi kemas kini di Twitter pada Sabtu berkata, pemimpin yang ikhlas akan menyayangi MN dan tidak menumpang populariti di tengah jalan.

7. Hampir keseluruhan hadir ke sekolah tanpa penggiliran mulai 21 Mac - Radzi

Pengoperasian sekolah penggal satu bagi sesi akademik 2022/2023 yang akan bermula pada 21 Mac ini adalah lebih terbuka dengan hampir keseluruhan murid akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.

8. Rusia laksana gencatan senjata di dua bandar Ukraine, beri ruang orang ramai larikan diri

Kementerian Pertahanan Rusia berkata unit tentera telah membuka sebuah laluan berhampiran bandar Mariupol dan Volnovakha yang bakal dikepung tentera.

9. Untuk hidup dengan COVID-19, rakyat kena terima naik turun kes - Khairy

Peningkatan kes sehingga melebihi 30,000 pada hari ini bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan negara masih berada dalam gelombang Omicron, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

10. PPV Mega ditutup bermula 16 Mac - KP Kesihatan

Semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega akan ditutup bermula 16 Mac ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.