Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

51648024507_TBBERITAx.jpg
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 April 2022.

1. Tanah lapangan terbang: Saya wajib beri kerjasama - Ahmad Faizal

Bekas menteri besar Perak itu menyatakan kesediaan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM berhubung isu penjualan tanah bagi tapak cadangan pembinaan lapangan terbang di Seri Iskandar. 

2. Penghormatan terakhir bagi Ali Hamsa pada Isnin

Penghormatan terakhir bagi bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, yang meninggal dunia pada Khamis, akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada Isnin. 

3. Tahanan lolos: Polis buru baki 80 masih bebas

Polis masih mengesan baki 80 tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap, Rabu lepas, kata Ketua Polis Kedah CP Wan Hassan Wan Ahmad.

4. SEMy2030 bakal perkasa keusahawanan sosial negara - PM

Malaysia berpotensi besar dalam membangunkan lebih banyak perusahaan sosial tempatan.
Jelas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

5. Iklan pakej taubat RM20: Tindakan lanjut akan diambil - Menteri Agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad memaklumkan tindakan lanjut akan diambil susulan penularan iklan pakej taubat RM20 bagi satu penama baru-baru ini. 

6. 1.4 juta kenderaan dijangka masuk Kedah Aidilfitri ini

Lebih 1.4 juta kenderaan dijangka memasuki Kedah pada sambutan Aidilfitri tahun ini, kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah Supt Mohd Mahiri Hussin.

7. Kerajaan kaji semula pemberian pemegang Kad UNHCR kepada pelarian etnik Rohingya - Hamzah

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, langkah berkenaan perlu segera diambil ekoran pelarian etnik Rohingya dilihat begitu mudah mendapatkan kad tersebut.

8. Kerajaan akan umum kelonggaran tiga SOP utama - PM

Ia melibatkan pemakaian pelitup muka di tempat awam, mengimbas kod QR MySejahtera dan keperluan menjalani Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) di lapangan terbang.

9. Bella sudah pulih seperti sedia kala - PM

Kerajaan memutuskan untuk membentuk Jawatankuasa Kabinet Melindungi Kumpulan Rentan seperti kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan wanita bagi memastikan golongan berkenaan terus dilindungi.

10. Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni

Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan jaminan untuk merekod kejayaan sama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.



Advertisement

Must Watch Video