ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Mei 2022.

1. Mohamad Ezam sah sertai Berjasa

Bekas Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor disahkan mendaftar sebagai ahli Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) pada 1 Mei lalu. 

2. Mangsa sindiket penipuan kerja di Kemboja dakwa dianiaya, diancam

Enam warga Malaysia yang mendakwa ditipu dan dianiaya di Kemboja merayu kepada pihak berkuasa untuk diselamatkan.

3. Pemimpin UMNO Kedah Hashim Jahaya meninggal dunia

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Hashim Jahaya meninggal dunia di kediamannya di Taman Suria dekat Pantai Johor di sini hari ini.

4. Dua beradik suspek kes samun, pecah kereta pembaca berita direman seminggu

Dua beradik direman seminggu bagi membantu siasatan berhubung kes samun seorang wartawan dan juga penyampai berita sebuah stesen televisyen swasta di Damansara Perdana petang kelmarin.

5. Pengguna jalan raya pulang ke ibu kota 'berang', petrol habis di stesen minyak

Penggunaan petrol dalam jumlah yang tinggi dan melebihi jangkaan susulan peningkatan jumlah kenderaan yang pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri menyebabkan kebanyakan stesen minyak yang menghala ke ibu negara hari ini kehabisan bahan bakar itu.

6. Pemilihan Timbalan Presiden PKR kali ini berbeza, tidak ulang episod 2018 - Saifuddin

Calon jawatan tersebut, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana saingan untuk merebut jawatan nombor dua dalam parti itu disifatkan sebagai pertarungan keluarga.

7. Kes tembak di Bukit Bintang: Polis selesai tahan semua suspek

Polis mengesahkan kesemua suspek yang disyaki terlibat dalam kes tembak mati seorang lelaki tempatan di sebuah hotel di Bukit Bintang di sini, 3 Mei lalu telah selesai ditahan.

8. Pelajar 16 tahun ditahan susulan insiden MPV rempuh pemotong rumput sehingga maut

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, remaja terbabit kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk siasatan lanjut.

9. Kematian doktor pelatih HPP: MMA sokong wujudkan jawatankuasa khas dengan beberapa kriteria

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyambut baik langkah kerajaan untuk mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat kes kematian seorang doktor pelatih yang bertugas di Hospital Pulau Pinang (HPP) bulan lalu.

10. Muafakat Nasional: UMNO perlu lupakan kerjasama dengan Pas pada PRU15 - Zahid

Kerjasama UMNO dan Pas melalui Muafakat Nasional (MN) perlu dilupakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.