BAGAN DATUK: Kerjasama UMNO dan Pas melalui Muafakat Nasional (MN) perlu dilupakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata ini kerana parti tersebut telah beberapa kali memberi ruang secukupnya kepada Pas untuk mempersetujui perkara terkandung di dalam piagam MN namun tidak disepakati.
Himpunan Penyatuan Ummah Piagam MN yang dimeterai UMNO dan Pas pada 14 Sept 2019 antara lain bersetuju membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif Islam serta Melayu tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum serta kesejahteraan negara.
"Jadi eloklah kita lupakan saja hasrat yang dinyatakan mereka (Pas) itu," katanya ketika menjawab soalan pemberita sama ada UMNO akan bergerak secara solo pada PRU15 ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri di Kompleks UMNO Bagan Datuk hari ini.
Ditanya mengenai kenyataan Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan semalam yang menyifatkan penyatuan ummah menerusi MN sebagai formula terbaik, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata ia adalah pandangan parti tersebut.
BACA: Penyatuan ummah Pas dan UMNO, formula terbaik - Takiyuddin
Ahmad Zahid turut disoal mengenai gesaan Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz supaya Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana masih tidak mengikut keputusan parti menyokong kerajaan hari ini yang diterajui parti itu.
BACA: Lembaga Disiplin UMNO perlu ambil tindakan terhadap Ku Li - Nazri
Beliau berkata UMNO bersikap terbuka dalam meraikan perbezaan pandangan.
"Saya fikir kalau Lembaga Disiplin UMNO mahu ambil tindakan, bukan sekadar beliau tetapi ramai lagi bekas pemimpin sama ada yang jadi Ahli Parlimen atau berada di luar kepimpinan Majlis Tertinggi yang boleh diambil tindakan.
"Lembaga Disiplin UMNO mempunyai budi bicara tertentu bagi mengambil tindakan yang keras sekiranya merosakkan perpaduan parti," katanya.
Nazri pada Khamis lepas dilapor berkata Lembaga Disiplin UMNO perlu mengambil tindakan tegas terhadap Tengku Razaleigh kerana pemimpin itu memilih untuk kekal dalam blok Bebas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 07 2022

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (empat, kanan) beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kompleks UMNO Bagan Datuk hari ini. - Foto BERNAMA

JAS Selangor temui 100 tong sisa buangan punca Sungai Chandong merah
Operasi pada petang Selasa turut menemui kesan buangan pigmen berwarna merah pada penutup bahagian lori tangki.

Kes 34 motosikal terbakar disyaki berunsur khianat
Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.

Alphard hilang dilarikan penyewa
Kes ini membabitkan suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard model AGH30 bernilai RM361,723.71.

Gempa bumi lemah landa Kepulauan Andaman
MET Malaysia tidak menjangkakan kejadian itu berpotensi mengakibatkan tsunami yang memberi kesan kepada Malaysia.

Langgar hak cipta, syarikat pembuatan acuan plastik didenda RM24,000
Syarikat itu didakwa memiliki empat salinan langgaran karya sastera dalam bentuk program komputer yang telah melanggar hak cipta sebuah perbadanan di California, Amerika Syarikat.

Tiada tangkapan, rampasan wang daripada 2 pegawai polis di pusat hiburan - Arjunaidi
Kes tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard untuk melihat kesalahan dari sudut tatatertib.

KPDNHEP Kuala Lumpur tumpas kegiatan seleweng diesel bersubsidi
Siasatan awal mendapati terdapat sebuah lori 'bonded' membuat pembelian diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Kuala Lumpur.

Emilia diberi amaran tidak guna sijil cuti sakit untuk tidak hadir prosiding
Majistret Nadia Othman juga membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Emilia, 43, selepas berpuas hati dengan penjelasan wanita itu berhubung ketidakhadirannya.

Banjir Baling: 280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air
Gangguan di daerah Baling, Kuala Muda dan Kulim berlaku disebabkan kadar kekeruhan air mentah tinggi susulan insiden banjir.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

UMNO ada 'bisul di punggung' - Mohd Amar
"Yang rok rak itu UMNO, bukan Pas"

UMNO Kedah sedih keakraban dengan Pas makin longgar
UMNO Kedah menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk membuat sebarang keputusan berhubung kerjasama dengan Pas menerusi Muafajkat Nasional (MN).

Pas tiada rekod baik dalam gabungan politik, MN sudah 'nyawa-nyawa ikan' - Penganalisis
Sejarah kerjasama oleh parti itu bersama parti politik yang lain telah menunjukkan bahawa ia gagal dipertahankan pada masa lalu.

Konsep MN sukar diteruskan, namun UMNO-Pas boleh kerjasama dalam bentuk lain - Najib
Najib berpandangan semangat pemuafakatan yang terjalin di antara kedua-dua parti masih boleh diteruskan dalam konteks lain.

Bukan hanya Selangor, Pas juga akan kekal hubungan baik dengan negeri lain - Abdul Hadi
Pas akan kerjasama elak pertembungan kerusi pada PRU serta akan terus berusaha mempertahankan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.

Bukan MN, tetapi individu tolak MN sedang nyawa-nyawa ikan - Sanusi
Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan kerjasama Muafakat Nasional (MN) tidak berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Kerjasama MN ibarat 'nyawa-nyawa ikan' - Zahid
Ahmad Zahid berkata, masa depan MN biar dibincangkan di peringkat jawatankuasa kedua-dua parti.

UMNO belum buat keputusan berhubung Muafakat Nasional - Ismail Sabri
Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setakat ini tiada sebarang mesyuarat berhubung perkara itu dilakukan.

Bersatu tidak halang Pas kerjasama dengan UMNO - Muhyiddin
Setakat ini Bersatu masih lagi sebahagian daripada PN dan pendekatan itu diambil sebagai usaha penyatuan ummah.

Muafakat Nasional seperti pinggan retak seribu - Mahfuz
Mahfuz berkata, hubungan yang dibentuk oleh kedua-dua parti itu dilihat tidak boleh diselamatkan lagi.