awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar 16 tahun ditahan susulan insiden MPV rempuh pemotong rumput sehingga maut

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
07/05/2022
10:42 MYT
Pelajar 16 tahun ditahan susulan insiden MPV rempuh pemotong rumput sehingga maut
Seorang pemotong rumput meninggal dunia manakala rakannya patah bahu kanan selepas dirempuh sebuah MPV hari ini. - Foto Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Polis mengesahkan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) yang merempuh dua pemotong rumput sehingga mengakibatkan seorang daripadanya maut di Jalan Pintasan Semeling di sini hari ini, merupakan seorang pelajar berusia 16 tahun dan tiada lesen memandu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, remaja terbabit kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk siasatan lanjut.
“Polis akan memanggil ibu bapa remaja terbabit bagi mengetahui bagaimana dia dapat memandu kenderaan itu tanpa pengawasan penjaga.
“Hasil siasatan mendapati remaja itu seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di daerah ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kemalangan | Seorang pemotong rumput maut dirempuh kereta
BACA: Pemotong rumput maut, rakannya parah dirempuh kereta terbabas
Sementara itu, menurut Zaidy identiti mangsa yang maut dikenalpasti Cinglowpa, 20, warganegara Myanmar.
Dalam kejadian jam 11 pagi Sabtu, seorang pekerja pemotong rumput warga Myanmar, meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakan senegara berusia 33 tahun patah bahu kanan selepas dirempuh sebuah MPV.
Dalam kejadian itu, pemandu MPV terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh dua batang pokok sebelum merempuh dua mangsa yang sedang berehat di bahu jalan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#pemotong rumput maut
#MPV rempuh
#kemalangan Sungai Petani
#pelajar ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan