Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 18, 2022 15:59 MYT
Mei 18, 2022 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Mei 2022.
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) telah mengadakan perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung penggunaan dadah jenis kanabis di negara ini, kata Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Ahli akademik, seniman dan aktivis sosial, Dr Wan Zawawi Wan Ibrahim meninggal dunia pada usia 75 tahun sekitar pukul 6.47 pagi ini selepas mendapat serangan jantung.
Seorang lelaki didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah membenarkan maklumat palsu mengenai daftar kelahiran seorang bayi perempuan dua tahun lalu.
Kerajaan memutuskan untuk memansuhkan Permit Import (AP) bahan makanan dari luar negara ke Malaysia seperti yang dikenakan sebelum ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dakwaan penjualan 22.5 juta data peribadi rakyat Malaysia seperti yang tular menerusi media sosial hari ini, disahkan bukan milik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Pelantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia telah mendapat persetujuan daripada Presiden negara itu, Joko Widodo (Jokowi), kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Mahkamah Majistret dan Sesyen Petaling Jaya hari ini menetapkan 22 Jun depan untuk tarikh sebutan kes melibatkan penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, 47.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa wanita warga Mongolia yang mati dibunuh, Altantuya Shaariibuu pernah membuat laporan polis menyatakan 'sekiranya apa-apa berlaku kepadanya, cari Razak Baginda', hari yang sama wanita itu hilang hampir 16 tahun lepas.
Bekas Pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) mengesahkan di Mahkamah Tinggi di sini bahawa syarikatnya menghantar wang tunai setiap bulan dalam dolar Singapura kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari 2014 hingga 2018 berhubung kontrak Sistem Visa Luar Negara (VLN).
Harga runcit petrol RON97 naik 2 sen seliter iaitu daripada RM4.31 kepada RM4.33 seliter, bagi tempoh bermula esok (Mei 19) sehingga 25 Mei ini.