Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Jun 20, 2022 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Jun 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Jun 2022.
1. Kerajaan laksana Program Dermasiswa B40 TVET
Sekurang-kurangnya 55 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disasarkan melanjutkan pengajian dalam program TVET menjelang 2025.
2. SPRM perlu dirombak besar-besaran - Guan Eng
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dirombak secara besar-besaran bagi memulihkan keyakinan dan memperbaiki kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International.
3. Budak 3 tahun kritikal telan dadah
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan berada dalam keadaan kritikal selepas pihak hospital menemui dadah dalam badannya di Hospital Kuala Krai, semalam.
4. Pelakon belasah pengawal keselamatan bebas jaminan polis, kertas siasatan dirujuk TPR
Seorang pelakon lelaki tempatan yang ditahan selepas dipercayai memukul pengawal keselamatan di sebuah kondomoniun di Sentul di sini, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
5. CEO beritahu 1MDB hanya berurusan dengan Najib - Saksi
Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hanya berurusan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai operasi dan hal ehwal syarikat itu.
6. PRU15: Jangka Parlimen bubar Ogos atau September, Rafizi mula berkempen bulan depan
Calon Timbalan Presiden PKR, Rafiz Ramli mengumumkan akan mula berkempen secara tersusun setiap minggu mulai 1 Julai ini sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
7. Dua pekerja pencuci masjid didakwa rogol remaja
Dua lelaki yang bekerja sebagai tukang cuci di masjid didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja di Jalan Merbau, di sini, Julai tahun lalu.
8. Kematian pengasas Dnars: Polis mohon bantuan polis Thailand, Interpol
Polis Kelantan akan mendapatkan maklumat terperinci dari pihak polis Thailand dan juga Interpol bagi membantu siasatan susulan laporan polis yang dibuat ahli keluarga pengasas produk kecantikan, Dnars Skincare (Dnars) Allahyarham Faziani Rohban Ahmad yang maut selepas terlibat dalam satu kemalangan di Pattani, Thailand pada 2019.
9. Ocean Infinity tawar sambung operasi kesan pesawat MH370
Eksekutif tertinggi Ocean Infinity, sebuah syarikat robotik marin, dalam pertemuan dengan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong di sini menyatakan kesediaan mereka untuk meneruskan operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang malang berdasarkan perjanjian "tiada penemuan, tiada bayaran".
10. 'Jangan bandingkan saya dengan Zuraida' - Azmin
hli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta semua pihak agar tidak membandingkan dirinya dengan Datuk Zuraida Kamaruddin yang berhijrah menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
#berita tempatan #berita pilihan #Berita AWANI #berita Malaysia