awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ocean Infinity tawar sambung operasi kesan pesawat MH370

Bernama
Bernama
20/06/2022
15:02 MYT
Ocean Infinity tawar sambung operasi kesan pesawat MH370
Wee mengadakan pertemuan dengan ketua pegawai eksekutif Ocean Infinity Oliver Plunkett dan wakil waris mangsa MH370 di pejabatnya pada Isnin. - Gambar/ FB Wee Ka Siong
PUTRAJAYA: Eksekutif tertinggi Ocean Infinity, sebuah syarikat robotik marin, dalam pertemuan dengan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong di sini menyatakan kesediaan mereka untuk meneruskan operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang malang berdasarkan perjanjian "tiada penemuan, tiada bayaran".
Dalam catatan Facebook, Wee berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan ketua pegawai eksekutif Ocean Infinity Oliver Plunkett dan wakil waris mangsa MH370 di pejabatnya di sini, dan Plunkett telah memberikan maklumat mengenai perkembangan terkini syarikat itu dalam aspek dalam teknologi, kemahiran, dan keupayaan, berbanding lima tahun lepas.
"Beliau (Plunkett) menyatakan kesediaan Ocean Infinity untuk menyambung semula operasi pencarian MH370 berdasarkan perjanjian "tiada penemuan, tiada bayaran", yakni pembayaran dibuat hanya jika syarikat itu menemukan serpihan pesawat berkenaan," katanya.
Wee berkata beliau telah mengarahkan pegawai Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada Ocean Infinity sebelum mengadakan rundingan dengan kerajaan Australia dan China untuk keputusan lanjut.
Pada 8 Mac 2014 pesawat Malaysia Airlines MH370 dengan 239 orang di dalamnya yang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju Beijing, hilang daripada skrin radar kira-kira dua jam selepas berlepas.
Sejak itu beberapa negara melancarkan operasi pencarian berskala besar di selatan Lautan Hindi, namun tidak berhasil menemukan sebarang pesawat mahupun serpihannya.
Pada Oktober 2017, kerajaan Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya sedang berbincang dengan Ocean Infinity untuk membuat pencarian di bawah permukaan air selanjutnya di kawasan itu, atas dasar tiada bayaran jika serpihan tidak ditemui.
Pencarian yang bermula pada Januari 2018, berakhir pada Jun 2018 tanpa hasil.
Wee berkata mesyuarat itu diingatkan sekali lagi bahawa perlu ada bukti baharu yang boleh dipercayai sebelum operasi pencarian yang baharu boleh dimulakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MH370
#OCEAN INFINITY
#Wee Ka Siong
#pencarian diteruskan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan