Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Jun 21, 2022 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Jun 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Jun 2022.
1. Kes bunuh CEO Cradle Fund: Samirah, dua anaknya dilepas dan dibebaskan
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan untuk melepas dan membebaskan Samirah Muzaffar, dan dua anaknya berhubung kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan, empat tahun lepas.
2. Pendakwaan akan buktikan semua kesalahan Syed Saddiq berniat jahat, tidak jujur
Pasukan pendakwaan berkata pihaknya akan bergantung kepada kombinasi keterangan terus, ikut keadaan dan dokumentar dalam membuktikan kes terhadap tertuduh.
3. KPM setuju beri lanjutan pengecualian bayaran sewa hingga 31 Disember
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju melanjutkan peengecualian bayaran sewa kantin selama enam bulan bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2022.
4. Fi permit makanan ternakan ditangguhkan bermula hari ini
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan mengumumkan penangguhan kutipan fi permit untuk empat komoditi makanan ternakan bermula hari ini bagi memudah cara pengimportan komoditi tersebut.
5. PKR tidak akan kerjasama dengan Azmin
Keputusan itu dibuat memandangkan Mohamed Azmin dianggap sebagai antara punca 'Langkah Sheraton', yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.
6. "Saya tidak pernah terima apa-apa wang daripada UKSB" - Khairy
Ahli Parlimen Rembau itu, bagaimanapun berkata, sedia memberi sepenuhnya kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya dipanggil untuk memberi keterangan.
7. Kerajaan hapus subsidi minyak masak tulen berbotol mulai 1 Julai
Subsidi bagi minyak masak paket satu kilogram (kg) masih diteruskan.
8. Ibu bapa Syed Saddiq dakwa anaknya ditekan sokong Muhyiddin
Perkara itu dimaklumkan oleh bapa kepada bekas Menteri Belia dan Sukan itu ketika memberikan keterangan berhubung empat pertuduhan berkaitan pecah amanah dana Armada Bersatu berjumlah RM1 juta dan pengubahan wang haram.
9. Astro umum Tunku Ali Redhauddin sebagai Pengerusi baharu
Beliau yang kini berkhidmat sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif di Lembaga Pengarah akan menggantikan Tun Zaki Tun Azmi yang akan bersara pada Rabu.
10. KWSP catat jumlah pendapatan pelaburan RM15.85 bilion suku pertama 2022, lebih rendah berbanding 2021
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM15.85 bilion pada suku pertama berakhir pada 31 Mac 2022, lebih rendah berbanding RM19.29 bilion pada suku yang sama tahun lalu.
#berita pilihan #berita tempatan #Berita AWANI #Berita Harian