KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dalam kes Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berdepan empat pertuduhan berkaitan pecah amanah dan pengubahan wang haram akan membuktikan kesemua kesalahan yang didakwa dilakukan Ahli Parlimen Muar itu adalah berniat jahat dan tidak jujur.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin yang mengetuai pasukan pendakwaan berkata pihaknya akan bergantung kepada kombinasi keterangan terus, ikut keadaan dan dokumentar dalam membuktikan kes terhadap tertuduh.
"Keterangan di bawah Seksyen 6, 7, 8 dan 9 Akta Keterangan 1950 langsung tidak memihak kepada tertuduh.
"Kami juga tidak akan menggunakan anggapan di bawah Seksyen 409A Kanun Keseksaan dalam membuktikan kes kami ke atas tertuduh kelak," katanya semasa membaca pernyataan pembukaan pendakwaan pada hari pertama perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid.
Syed Saddiq, 29, yang memakai kemeja batik biru tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira jam 9 pagi.
Bernama
Tue Jun 21 2022

Syed Saddiq bercakap kepada media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA

Penjawat Awam | Melaka larang pegawai beri kenyataan memalukan
Penjawat awam khususnya ketua jabatan di Melaka diberi amaran untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan umum yang berupaya memalukan kerajaan negeri, termasuk kepada media. Dalam hal ini, semua kenyataan lebih-lebih lagi yang melibatkan dasar kerajaan negeri mesti mendapat kelulusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bagi mengelakkan sebarang salah faham dan perbalahan yang boleh menjejaskan imej negeri.

Urban Malaria | Wujudkan polisi pekerja asing diberi ubat antimalarial
Polisi tertentu perlu diwujudkan bagi memastikan pekerja warga asing di negara ini diberikan ubat antimalaria. Pakar Kesihatan Awam, Prof Madya Dr Malina Osman menjelaskan, langkah itu bagi mengelakkan penularan penyakit malaria dalam kalangan masyarakat tempatan.

Rampasan di rumah Najib: Bekas Pengarah JSJK Bukit Aman nafi dakwaan Raja Petra
Amar berkata tuduhan dilemparkan Raja Petra yang mendakwa terdapat wanita awam yang hadir di lokasi serbuan dan mengambil beg yang dirampas polis adalah sama sekali tidak berasas.

Rangka Penang Woman akhirnya miliki wajah
Penang Woman, rangka manusia yang berusia lebih 5,000 tahun dan ditemukan ketika kajian penyelidikan di Guar Kepah, Kepala Batas kini mempunyai 'wajah' lakaran yang siap pada 5 Julai lepas.

Rayuan Najib dapatkan dokumen bank didengar 25 Okt
Mahkamah Rayuan menetapkan 25 Okt untuk mendengar rayuan Najib bagi mendapatkan dokumen bank melibatkan Goldman Sachs dan keluarga Zeti Akhtar.

Google Cloud umum bawa rantau awan pertama ke Malaysia
Google Cloud mengumumkan akan membawa rantau awan pertamanya ke Malaysia bagi memenuhi permintaan perkhidmatan itu yang semakin meningkat dalam negara dan seluruh dunia.

Sami mengaku tidak bersalah cabul doktor
Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap doktor wanita berusia 26 tahun dengan niat mencabul kehormatan mangsa.

Kelantan terima peruntukan RM64 bilion bagi projek infrastruktur
Nilai projek itu merangkumi keseluruhan 54 projek di negeri itu yang dianggarkan sudah mencapai 56 peratus siap.

Jejambat Wakaf Bharu - Pengkalan Kubor siap November
Projek yang telah bermula pada Februari 2018 itu dianggarkan menelan kos keseluruhan mencecah RM105.5 juta.

Tamat kontrak projek alami kelewatan keputusan terakhir - Fadillah
Kerajaan serba salah untuk tamatkan kontrak melihat kepada keadaan semasa yang menjadi kekangan kepada kemajuan sesebuah projek.

Dakwaan Meta: Tubuh jawatankuasa khas siasat isu 'troll farm' libatkan PDRM - Syed Saddiq
Syed Saddiq meminta agar satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan mengaitkan PDRM dengan 'troll farm'.

Generasi muda dan politik
Hakikatnya Malaysia juga mempunyai pemimpin muda yang berbakat, bijak dan berkemampuan menjadi memimpin negara.

PRU15: MUDA tubuh jawatankuasa pemilihan calon
Ia bagi memastikan ketelusan dalam pemilihan calon dan mengenal pasti mereka yang layak untuk diletakkan di kerusi yang bakal ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15.

RUU Antilompat Parti: PM jangan dahulukan PRU, selamatkan 'rumah terbakar' - Syed Saddiq
RUU itu ia mampu mengekang si pencatur kuasa itu daripada terus mengkhianati mandat rakyat yang diberikan melalui pilihan raya.

RM100,000 masuk akaun ASB Syed Saddiq, tidak digunakan untuk kempen PRU14 - Saksi
Saksi memberitahu, wang RM100,000 itu dimasukkan ke dalam akaun ASB milik Ahli Parlimen Muar itu menerusi dua transaksi pada Jun 2018.

Perbicaraan Syed Saddiq: Mahkamah arah pendakwaan serah salinan percakapan saksi utama
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid berkata perbezaan dalam kedua-dua keterangan tersebut turut diakui oleh pihak pendakwaan.

Syed Saddiq sekali lagi mohon untuk cabar kredibiliti saksi utama
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berdepan dengan tuduhan pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram, sekali lagi memohon bagi mencabar kredibiliti seorang saksi utama susulan terdapat bebe

SPRM tak lengah pendakwaan terhadap Syed Saddiq - Saksi
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak melengah-lengahkan pendakwaan terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Kes Syed Saddiq: Orang awam diingatkan jangan keterlaluan buat kenyataan
Mahkamah tidak boleh halang orang awam membuat sebarang komen kerana mereka mempunyai hak bersuara yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Perbicaraan Syed Saddiq: Rakaman audio tunjukkan Pegawai SPRM cuba pujuk sokong Muhyiddin
Saksi pendakwaan, Mohd Syahmeizy Sulong berkata dia hanya memberi fokus kepada pengeluaran wang RM1 juta, bukan elemen tekanan politik.