MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Jun 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Jun 2022.
1. Satelit MEASAT-3d berjaya dilancarkan
Satelit terbaharu MEASAT-3d berjaya dilancarkan di Kourou, French Guiana awal pagi ini yang bakal membuka ruang kepada usaha menambah baik sistem sedia ada.
2. MEASAT-3d mampu tingkat keupayaan capaian internet di bandar, sub-luar bandar - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin pelancaran satelit MEASAT-3d akan meningkatkan keupayaan capaian Internet di kawasan bandar dan sub-luar bandar.
3. Singapura mahu terus perkukuh hubungan dengan Malaysia
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berharap untuk membina hubungan lebih kukuh antara republik itu dan Malaysia, termasuk dengan negeri Perak.
4. AGC fail rayuan terhadap keputusan kes bunuh CEO Cradle Fund
Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Samirah Muzaffar dan dua remaja daripada pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan.
5. Che' Puan Khaleeda mahu kes baby Syifaa disiasat semula
Isteri Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam menggesa kes kematian bayi perempuan, Nour Rania Asyifaa Yuseri, 15 bulan, ketika dalam jagaan di pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Seri Sendayan, Negeri Sembilan, Februari lalu, disiasat semula.
6. Najib mempunyai kuasa buat keputusan 1MDB, kata Ahmad Husni
Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kuasa membuat keputusan dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bukan beliau.
7. Lim Guan Eng hanya tersenyum, kelihatan gembira terima wang RM200,000 - Saksi
Pengarah Syarikat Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (ZCSB) Zarul Ahmad Mohd Zulkifli memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini Lim Guan Eng hanya tersenyum dan kelihatan gembira apabila menerima sampul surat berisi wang rasuah RM200,000 yang diserahkannya kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu pada 2013 dan 2014.
8. Gelombang baharu COVID-19 makin hampir - Khairy
Malaysia dijangka akan menghadapi gelombang baharu COVID-19 lebih awal berbanding tempoh dua atau tiga bulan yang diumumkan sebelum ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
9. Tambang ECRL: PM mahu harga amat berpatutan, tidak bebankan rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta harga tambang perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak membebankan rakyat apabila projek tersebut siap pada 2027 nanti.
10. Elaun Pengerusi, BOD FGV dinaikkan
Kesemua 13 resolusi yang dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) FGV Holdings Berhad (FGV) diluluskan oleh majoriti pemegang sahamnya.