awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
Lubnan dakwa Israel guna racun rumpai di selatan negara itu
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satelit MEASAT-3d berjaya dilancarkan

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
22/06/2022
22:26 MYT
Satelit MEASAT-3d berjaya dilancarkan
Satelit MEASAT-3d dilancarkan pada jam 6.50 petang waktu tempatan (5.50 pagi waktu Malaysia). - Foto Youtube/arianespace
KUALA LUMPUR : Satelit terbaharu MEASAT-3d berjaya dilancarkan di Kourou, French Guiana awal pagi ini yang bakal membuka ruang kepada usaha menambah baik sistem sedia ada.
Ia dilancarkan pada jam 6.50 petang waktu tempatan (5.50 pagi waktu Malaysia).
Kejayaan itu sekali gus akan mampu meningkatkan faktor kebolehpercayaan kepenggunaan internet, jumlah pengguna serta kestabilan rangkaian di kawasan luar bandar.
Satelit terbaharu MEASAT-3d dibina oleh syarikat aeroangkasa, Airbus yang diberikan suatu tempoh masa beberapa minggu untuk disiapkan sebelum diserahkan kepada pihak pihak pengurusan MEASAT.
https://t.co/AJ5y33vEM9
— Arianespace (@Arianespace) June 22, 2022
Paling istimewa, ini merupakan misi besar buat MEASAT untuk melancarkan satelit yang akan merapatkan jurang digital dengan internet berkelajuan tinggi melalui perkhidmatan CONNECTme NOW.
BACA : Satelit MEASAT-3d berjaya dilancarkan
Dalam pada itu, MEASAT berjaya melancarkan satelit MEASAT-3d miliknya hari ini, 22 Jun 2022 pada 6:03 petang (Waktu French Guiana) dari tapak pelancaran Agensi Angkasa Eropah di Kourou, French Guiana, bersamaan dengan 5:03 pagi, 23 Jun 2022 di Malaysia. Pelancaran tersebut disaksikan oleh sekumpulan pegawai kanan kerajaan Malaysia, eksekutif kanan sektor swasta dan rakan niaga MEASAT.
Dengan pemulihan kelewahan dalam orbit yang tiada tandingannya melalui MEASAT-3d, Astro akan berupaya mengukuhkan lagi kapasiti pengembangannya, membolehkannya menambah lebih banyak lagi kandungan 4K dan selanjutnya kandungan 8K ke setiap rumah di Malaysia.
Dalam tempoh beberapa hari akan datang, satelit MEASAT-3d akan dibawa dari orbit geo-pindah ke dalam orbit geo-pegun pada kedudukan slot orbit penyiaran video utama 91.5° Timur.
"Satelit itu kemudian akan menjalani ujian selama satu bulan, sebelum diaktifkan untuk operasi komersial. MEASAT-3d akan ditempatkan bersama-sama dengan MEASAT-3a dan MEASAT-3b di slot orbit 91.5°T bagi membentuk salah satu daripada lokasi orbit paling berkuasa dan mantap di rantau ini," kata kenyataan pada Khamis. BACA : MEASAT-3d : Malaysia tidak boleh berfungsi secara silo
Topic Berkaitan
#MEASAT-3d
#Malaysia
#French Guiana
#aeroangkasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan