awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MEASAT-3d mampu tingkat keupayaan capaian internet di bandar, sub-luar bandar - PM

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
23/06/2022
00:16 MYT
MEASAT-3d mampu tingkat keupayaan capaian internet di bandar, sub-luar bandar - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin pelancaran satelit MEASAT-3d akan meningkatkan keupayaan capaian Internet di kawasan bandar dan sub-luar bandar. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin pelancaran satelit MEASAT-3d akan meningkatkan keupayaan capaian Internet di kawasan bandar dan sub-luar bandar.
Tegasnya, ia sekali gus akan dapat membantu merapatkan jurang digital dan dalam masa sama menarik lebih ramai anak muda menceburi bidang aeroangkasa.
"Hari yang penuh bersejarah, Measat Global Berhad (MEASAT) telah melancarkan satelit Measat-3d di Kourou, French Guiana.
"Dengan pelancaran Satelit MEASAT-3d, keupayaan capaian Internet di kawasan bandar dan sub-luar bandar akan lebih ditingkatkan di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
"Harapan saya adalah untuk pelancaran satelit ini membantu merapatkan jurang digital, seterusnya menarik lebih anak muda untuk menceburi bidang aeroangkasa," katanya melalui status yang dimuat naik di laman sosial Facebook pada Khamis.
BACA : Satelit MEASAT-3d berjaya dilancarkan
Satelit terbaharu MEASAT-3d berjaya dilancarkan di Kourou, French Guiana awal pagi ini yang bakal membuka ruang kepada usaha menambah baik sistem sedia ada.
Ia dilancarkan pada jam 6.50 petang waktu tempatan (5.50 pagi waktu Malaysia).
Perdana Menteri sebelum itu turut menyaksikan pelancaran secara langsung satelit MEASAT-3d di di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di ibu negara.
Topic Berkaitan
#MEASAT-3d
#ismail sabri yaakob
#jurang digital
#bidang aeroangkasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan