ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 17 Julai 2022.

1. Wahai 'watak' batu api dalam PKR, ini amaran Saifuddin buat kalian...

PKR tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap 'watak’ batu api yang cuba memecah-belahkan parti tersebut.

2. Pen pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu dipamerkan

Pen bersejarah tersebut digunakan pada Majlis Menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.
 
3. Maszlee, Akmal Nasir, Hans Isaac dipilih sebagai MPP PKR

Selain barisan kepimpinan tertinggi parti, seramai 20 anggota parti turut dipilih sebagai Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

4. "Saya mungkin lantang tapi saya bukan Azmin Ali" - Rafizi

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baharu, Rafizi Ramli mengakui beliau sememangnya seorang yang lantang bersuara, namun, beliau bukan seperti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang pernah menjawat jawatan sama dalam parti itu.

5. COVID-19: Jangan leka, kes sedang meningkat semula - Timb. Menteri Kesihatan

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak leka dan mengambil mudah pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kerana kes COVID-19 telah menunjukkan peningkatan di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

6. "Harga minyak tak turun? Saya tidak menjadi Perdana Menteri nak buat macam mana?"- Anwar

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui tidak berdaya untuk menurunkan harga minyak ketika ini selagi beliau bukan Perdana Menteri.

7. RM1 juta wang usahawan wanita lesap diperdaya Macau Scam

Seorang peniaga di Johor mengalami kerugian lebih RM1 juta setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

8. Seorang lagi maut, kini 4 hilang nyawa lumba haram di Pulau Pinang

Seorang lagi disahkan meninggal dunia menjadikan keseluruhan empat penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan beberapa buah kenderaan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, dekat sini, awal pagi Ahad.

9. Kerajaan tangguh, tidak teruskan projek belum bermula

erajaan mengambil langkah menangguhkan atau tidak meneruskan mana-mana projek yang belum bermula sebagai langkah penjimatan perbelanjaan awam bagi membolehkan dana disalurkan untuk kesejahteraan rakyat dan usaha memulihkan ekonomi negara.


10. MH17: Malaysia tetap tidak menuduh sesiapa sebelum proses siasatan selesai - Saifuddin

Malaysia tetap berpegang kepada prinsip tidak menyalahkan mana-mana negara sehingga proses siasatan dan penghakiman pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak di Wilayah Donetsk, Ukraine dimuktamadkan.