awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Jangan leka, kes sedang meningkat semula - Timb. Menteri Kesihatan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
17/07/2022
08:38 MYT
COVID-19: Jangan leka, kes sedang meningkat semula - Timb. Menteri Kesihatan
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak leka dan mengambil mudah pematuhan SOP kerana kes COVID-19 telah menunjukkan peningkatan di seluruh dunia, termasuk di Malaysia, kata Dr Noor Azmi Ghazali. - Gambar fail
IPOH: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak leka dan mengambil mudah pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kerana kes COVID-19 telah menunjukkan peningkatan di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.
Data terbaharu pada Sabtu menunjukkan kes positif menjangkau 5,000 dan kemasukan ke hospital pula mencecah 627.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, 60 pesakit telah ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) selain 34 kes lagi memerlukan bantuan mesin ventilator.
Selain mematuhin SOP, beliau turut menggesa orang ramai mengambil berat soal penjagaan kesihatan selain melakukan ujian COVID-19 sekiranya terdapat gejala.
“Kita kena jaga (diri) dan sentiasa memakai pelitup muka di tempat yang sempit dan sesak dan juga dalam program-program di dalam bangunan,” kata Dr Noor Azmi ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 di Bulatan Sultan Azlan Shah, di sini, pada Ahad.
Mengenai dos penggalak vaksinasi COVID-19, beliau berkata, setakat Sabtu, sebanyak 68.7 peratus penduduk dewasa telah mendapatkannya di samping 0.9 peratus telah memperoleh dos penggalak kedua.
Tidak ketinggalan, kata beliau, 1.4 peratus remaja di negara ini juga telah menerima dos penggalak.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes makin meningkat
#kes positif
#Dr Noor Azmi Ghazali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan