awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maszlee, Akmal Nasir, Hans Isaac dipilih sebagai MPP PKR

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
17/07/2022
04:19 MYT
Maszlee, Akmal Nasir, Hans Isaac dipilih sebagai MPP PKR
Dari kiri Maszlee Malik, Hans Isaac dan Akmal Nasrullah Mohd Nasir antara yang terpilih sebagai anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR. - Gambar fail
SHAH ALAM : Selesai Kongres Nasional Keadilan Ke-16 pada Ahad, Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas ini akan bergerak ke hadapan diterajui gabungan baharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden dan Mohd Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden.
Selain dua sosok itu yang lama dalam parti, PKR bagi sesi 2022-2025 juga bakal diterajui beberapa muka baharu dalam barisan Naib Presiden termasuk dua Menteri Besar, Datuk Seri Amiruddin Shari (Selangor) dan Datuk Seri Aminuddin Harun (Negeri Sembilan).
Dua lagi Naib Presiden ialah Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang.
Wanita PKR pula akan dikemudi Senator Fadhlina Sidek, dibantu timbalannya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli.
Aktivis politik, Adam Adli pula akan menerajui Angkatan Muda Keadilan (AMK) bagi sesi 2022 - 2025 dengan Muhammad Kamil Abdul Munim akan bertindak sebagai timbalannya.
Selain barisan kepimpinan tertinggi parti, seramai 20 anggota parti turut dipilih sebagai Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dengan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir antara yang terpilih.
Selain itu, selebriti, Datuk Gerald Hans Isaac, calon Ketua AMK, Fahmi Zainol dan aktivis politik, Siti Aishah Shaik Ismail turut tersenarai dalam 20 MPP yang dipilih untuk sesi sama.
Keputusan itu diumumkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) pada Kongres Nasional Keadilan Ke-16 di sini sebentar tadi.
Berikut senarai penuh MPP PKR bagi sesi 2022-2025 dan jumlah undi mereka:
1. Dr Maszlee Malik - 1,091 undi 2. Akmal Nasrullah Mohd Nasir - 956 undi 3. Datuk Romli Ishak - 878 undi 4. Fahmi Zainol - 817 undi 5. Mohd Yahya Mat Sahri - 804 undi 6. Nurin Aina @ Nor Azrina Surip - 797 undi 7. Lee Chean Chung - 788 undi 8. Siti Aishah Shaik Ismail - 783 undi 9. Syed Ibrahim Syed Noh - 739 undi 10. Gerald Hans Isaac - 720 undi 11. Simon Ooi Tze Min - 703 undi 12. Wong Chen - 697 undi 13. Raiyan Abdul Rahim - 697 undi 14. Tan Kar Hing - 648 undi 15. Zahir Hassan - 642 undi 16. David Cheong Kian Young - 622 undi 17. Hee Loy Sian - 619 undi 18. Amidi Abdul Manan - 617 undi 19. Elizabeth Wong Keat Ping - 598 undi 20. Muhammad Bakhtiar Wan Chik - 594 undi
Topic Berkaitan
#Hans Isaac
#Maszlee Malik
#PKR
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan