ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 Julai 2022.

1. Semarakkan Hari Kebangsaan, kibar Jalur Gemilang di setiap premis - PM

Cara lain untuk membuktikan cinta kepada Malaysia ada dengan mengamalkan nilai murni dalam diri, bekerjasama dan mengamalkan toleransi.

2. Gangguan bekalan elektrik: Pengguna terkesan akan nikmati rebat - Takiyuddin

TNB akan memberi rebat kepada pengguna terutama peniaga yang terjejas akibat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan Semenanjung Malaysia, Rabu lepas.

3. Pembinaan jambatan konkrit di Kampung Mansiang dalam perancangan

Pembinaan jambatan konkrit itu bagi memudahkan penduduk setempat menyeberangi Sungai Biah.

4. Pemandu jengkaut ditemui maut

Mayat seorang lelaki yang juga pemandu jengkaut yang tertimbus ditemui di bawah timbunan tanah di kawasan tapak pembinaan Jalan Padang Tembak, Bukit Pinang

5. PRU15 jadi penggal terakhir Muhyiddin di gelanggang politik

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan menjadi penggal terakhir buat beliau sebagai ahli politik.

6. Pindaan perlembagaan lulus: UMNO dijangka beri lebih tekanan pada PM untuk adakan PRU15

Penganalisis politik, Prof Madya Hamidin Abd Hamid berkata, kelulusan RoS itu memberi kelebihan kepada UMNO untuk memasuki gelanggang pilihan raya dengan lebih selesa.

7. "Terima kasih rakyat Malaysia" - Aznil serah kutipan dana buat Zamani

Melakukan kerja amal, membantu meringankan beban orang lain serta mendasari keperitan hidup yang dilalui orang lain merupakan kerja yang sangat disenangi dilakukan Datuk Aznil Nawawi.

8. Sukan Komanwel: Aniq Kasdan raih emas pertama Malaysia dengan rekod baharu

Aniq Kasdan membutirkan kilauan pingat emas pertama Malaysia dalam Sukan Komanwel Birmingham 2022 apabila mengungguli acara angkat berat 55 kilogram

9. RUU kawal produk tembakau tidak jejaskan ekonomi negara

RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang bertujuan mewujudkan Generasi Penamat (GEG) atau individu lahir 1 Jan 2007 dan seterusnya bebas merokok, tidak akan menjejaskan ekonomi negara.

10. Kesalahan merokok untuk GEG bukan jenayah, purata denda RM50 sahaja - Khairy

Kesalahan untuk individu yang tergolong dalam Generational End Game (GEG) – individu yang lahir pada 2007 ke atas dalam aktiviti merokok - tidak akan direkodkan sebagai jenayah, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.