MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 15 Ogos 2022.
Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin, membenarkan Datuk Seri Najib Tun Razak meminda notis usul dalam permohonannya untuk memasukkan bukti tambahan dalam rayuan akhir penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Cubaan pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memasukkan bukti baharu berhubung kes SRC International hanyalah berlandaskan keterangan ‘khabar angin’ (hearsay), Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini.
Malaysia di landasan tepat untuk mencatat pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) dalam lingkungan 5.3 peratus hingga 6.3 peratus pada 2022, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berangkat ke Turkiye bagi mengadakan lawatan negara selama tujuh hari.
Nelayan dan penduduk yang berada di sekitar Kuala Perlis terkejut dengan kehadiran sebuah kapal layar mewah berbentuk seperti sebuah kapal angkasa yang menelusuri muara Sungai Perlis pada Sabtu.
Arena sukan tanah air hari ini dikejutkan dengan pemergian tokoh sukan bina badan negara Datuk Dr Gan Boon Leong pada usia 84 tahun awal pagi tadi.
Seorang bekas pengarah urusan berkaitan projek kapal tempur pesisir (LCS) yang menimbulkan kontroversi dijangka bakal didakwa esok.
Bercakap soal kemudahan, ia pastinya merupakan salah satu aspek yang menjadi keutamaan buat orang ramai khususnya warga kota.
Syarikat induk Malaysia Airlines Bhd, Malaysia Aviation Group (MAG) telah memilih A330neo daripada Airbus untuk program pembaharuan armada pesawat badan lebar syarikat penerbangan itu.
Permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan beberapa lagi parti politik yang memohon untuk menyertai Barisan Nasional (BN) masih lagi dalam pertimbangan, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kader.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami