MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 Ogos 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 Ogos 2022.
Mahkamah Persekutuan kembali bersidang hari ini untuk mendengar rayuan terakhir Datuk Seri Najib Razak.
Titahnya, isu itu tidak perlu dipolitikkan dan tumpuan seharusnya diberikan kepada pembangunan ekonomi dan kepentingan rakyat.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Mohd Saifuddin Abu Bakar mengesahkan sudah mengemukakan surat peletakan jawatan pada minggu lepas.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan terdapat desakan untuk beliau campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan Datuk Seri Najib Razak.
Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keutamaan BN ketika ini adalah untuk menilai tahap kesiapsiagaan jentera parti.
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika membacakan keputusan lima panel hakim itu berkata, Mahkamah tidak mendapati sebarang kesalahan dalam penghakiman yang dibuat Hakim Bicara ketika itu iaitu Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Peranan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi tidak terhad kepada isu kenaikan harga barang, sebaliknya ia lebih luas dan melibatkan usaha mengatasi masalah inflasi secara keseluruhan.
Rafizi tampil berkongsikan bukti menunjukkan pemilikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Abd Latiff Ahmad dan individu bernama Zainab Mohd Salleh terhadap syarikat subkontraktor dalam projek kapal tempur pesisir (LCS).
Nooryana Najwa Najib berikrar untuk terus berjuang sehingga bapanya, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dibebaskan dan kembali bersama keluarga.
Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius isu golongan selebriti yang menonjolkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape dalam khalayak ramai.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami