IPOH: Barisan Nasional (BN) belum membincangkan mengenai calon-calon yang akan diketengahkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keutamaan BN ketika ini adalah untuk menilai tahap kesiapsiagaan jentera parti.

Taruklah (letak) profesor daripada langit pun, kalau jentera tak bekerja pun, tak guna juga.

“Tapi kalau jentera kita bagus, our marketing arm kita bagus, our promotional pun bagus, the product tak bagus pun boleh jadi bagus.

“You put the good first class product but you place it nun kat hujung belakang supermarket, orang tak nampak, no good and you wrap it with kertas surat khabar.

So the wrapping, the branding, the positioning, ability, visibility, semua kita ambil kira,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa sesi libat urus Biro Politik Bahagian-Bahagian UMNO Perak di Bangunan UMNO Perak di sini, hari ini.

Menurutnya, soal calon hanya akan dibincangkan apabila beliau selesai melawat seluruh negara dan jawatankuasa pilihan raya berpuas hati dengan kesiapsiagaan jentera.

Katanya, setakat di Perak, pihaknya telah parti selesai melawat 11 negeri dan beliau akan ke Pahang pada Isnin depan, sebelum ke Sabah.

“Dah susah nanti, apabila saya bentangkan kepada parti, yes we are ready, then we look at the calon, then we look how kita nak bahagi-bahagikan kerusi-kerusi dengan parti-parti rakan komponen dan juga yang friends of BN.

“Baru kita tahu, kalau kita taruk siapapun, tapi jentera tu kuat, kukuh, kita boleh menang,” ujarnya.