MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 Ogos 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 Ogos 2022.
1. Perbicaraan kes rasuah terlalu lama, Tun M bimbang penjenayah terlepas hukuman
Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan kebimbangan berkaitan perbicaraan kes-kes rasuah yang mengambil masa yang panjang sekali gus menyebabkan banyak kes yang tertangguh.
2. PRU15: PH bertanding guna satu logo, reka bentuk baharu
Pakatan Harapan (PH) akan bertanding menggunakan satu logo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan datang.
3. Penganjur perhimpunan mohon pengampunan Najib dipanggil polis
Polis membuka kertas siasatan dan akan memanggil penganjur perhimpunan yang menyerahkan memorandum memohon pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, pada Rabu.
4. Jumlah pengambilan guru akan meningkat melebihi 5,000 - Radzi
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan jumlah pengambilan guru lebih daripada jumlah pengambilan sebelum ini bagi mengisi kekosongan sedia ada di semua sekolah bawah kementerian pada tahun ini.
5. Najib dipenjara: 'Ini bukan sesuatu yang menggembirakan, saya naikkan dia jadi PM' - Tun M
Dr Mahathir menjelaskan kemungkinan untuk Najib membuat kemunculan semula politik akan terletak dengan potensi pengampunan diraja dan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
6. Najib dipenjara: 'Datuk Seri sihat' - Rosmah
Rosmah ketika ditemui media bagaimanapun enggan mengulas lanjut tahap kesihatan bekas Perdana Menteri itu.
7. Perbicaraan 1MDB Najib: Syarikat pelaburan tidak ikut proses sejak penubuhan - Saksi pendakwaan
Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa berkata sepanjang pengetahuannya pelanggaran proses itu berlaku sejak penubuhan syarikat itu sehingga beliau bersara pada 2019.
8. MB Perlis, Azlan Man dan Sova Ali sah cerai talak satu
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan Sova Ali, hari ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di sini, selepas melayari bahtera perkahwinan selama 12 tahun.
9. Najib masih di Penjara Kajang - Pegawai khas
Datuk Seri Najib Tun Razak masih lagi ditempatkan di Penjara Kajang bagi menjalani hukumannya selepas didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
10. Kerajaan kaji penetapan harga siling ayam pada Jumaat - Annuar
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, harga baharu itu akan diumumkan selewat-lewatnya pada minggu depan.