awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbicaraan kes rasuah terlalu lama, Tun M bimbang penjenayah terlepas hukuman

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
25/08/2022
02:00 MYT
Perbicaraan kes rasuah terlalu lama, Tun M bimbang penjenayah terlepas hukuman
DR MAHATHIR: Ada penjenayah yang meninggal dunia pun. Kelewatan perbicaraan akan menghasil keadilan terabai. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan kebimbangan berkaitan perbicaraan kes-kes rasuah yang mengambil masa yang panjang sekali gus menyebabkan banyak kes yang tertangguh.
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, kelewatan perbicaraan akan menyebabkan keadilan terabai sekali gus menyebabkan penjenayah terlepas daripada hukuman.
Dr Mahathir mengambil contoh kes SRC bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengambil masa selama empat tahun.
Jelasnya, terdapat banyak kes pencurian, salah guna kuasa, rasuah melibatkan tokoh politik tertangguh dan tidak dihadap ke mahkamah.
"Ada penjenayah yang meninggal dunia pun. Kelewatan perbicaraan akan menghasil keadilan terabai.
"Sekarang Najib dibicara berkenaan kes lain yang juga akan mengambil masa yang panjang, dan saya percaya hakim-hakim juga kurang senang dengan begitu banyak kes tertangguh.
"Kelewatan ini menjadi lebih buruk kerana perlakuan Najib dengan peguamnya. Bermacam alasan diguna untuk menghalang perbicaraan," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) berkata, ketika ini terdapat banyak laporan dibuat berkenaan kes-kes rasuah yang serius dan belum dibicara.
"Besar kemungkinan penjenayah akan terlepas dari dihukum kerana jenayah yang dilakukan oleh mereka.
"Benarlah seperti pepatah Inggeris bahawa keadilan yang tertangguh adalah keadilan yang terabai.
"Bagi Najib, besar kemungkinan ia akan diampun setelah dipenjara," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Najib Razak
#kes tertangguh
#kelewatan perbicaraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan