awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
14/09/2022
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 September 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 September 2022.
1. Malaysia dijangka tidak alami kemelesetan, disokong kepelbagaian ekonomi - Abdul Wahid
Malaysia tidak mungkin terjerumus ke dalam kemelesetan ekonomi memandangkan struktur kepelbagaian ekonominya yang kurang bergantung kepada komoditi, selain mengamalkan dasar pragmatik dan responsif, kata Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar.
2. Lebih 34,000 unit kediaman siap dibina bernilai RM21.7 bilion tidak terjual
Segmen hartanah tidak terjual siap dibina atau lebih dikenali sebagai 'overhang' memperlihatkan lebih 34,000 unit kediaman bernilai RM21.7 bilion direkodkan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd Shahar Abdullah.
3. Gula-gula bergelatin babi, berlogo halal bikin netizen bimbang, Jakim keluarkan kenyataan
Gula-gula yang menyenaraikan 'pork gelatin' sebagai antara bahan ramuannya didakwa dijual secara terbuka di sebuah platform beli-belah dalam talian.
4. Agong, Permaisuri wakili Malaysia ke istiadat pemakaman negara Ratu Elizabeth II
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan mewakili Malaysia ke istiadat pemakaman negara Ratu Elizabeth II pada Isnin.
5. 'Najib tidak ceria seperti sebelum ini' - Shafee
“Datuk Seri Najib Tun Razak tidak seceria seperti sebelum ini,” kata peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah selepas prosiding kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu.
6. Penyanyi terkenal Aman Shah meninggal dunia
Penyanyi terkenal era 1980-an, Aman Shah meninggal dunia akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 2.15 petang tadi.
7. Tiada masalah untuk Najib guna ubat sendiri di penjara - Khairy
Datuk Seri Najib Tun Razak dibenarkan membawa bekalan ubatnya sendiri yang diperoleh daripada hospital swasta ketika berada di dalam penjara.
8. MT UMNO buat keputusan sama ada UMNO-Pas berunding atau tidak - Mohamad Hasan
Keputusan sama ada UMNO dan Pas akan mengadakan rundingan termasuk bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan dibuat oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO, kata Datuk Seri Mohamad Hasan.
9. Suri rumah didakwa pukul, toreh badan bekas suami
Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memukul dan mencederakan bekas suaminya dengan menoreh belakang badan mangsa dengan pisau, tahun lalu.
10. Mesyuarat Khas MKT UMNO Sabtu ini ditangguhkan - PM
Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Topic Berkaitan
#berita tempatan pilihan
#berita Malaysia
#berita dalam negara
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan