ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 24 Oktober 2022.

1. Ibu Wan Azizah meninggal dunia, Anwar batal jelajah ke Sarawak

Allahyarham yang berusia 88 tahun meninggal dunia sekitar jam 2.45 pagi Isnin di Ampang.

2. SIC puas hati GP Malaysia tarik lebih 163,000 penonton

Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif berkata beliau amat berpuas hati dengan jumlah kehadiran itu dan berazam untuk memperbaiki segala kelemahan.

3. Bila projek perbesar longkang nak siap? Air 'termenung' resahkan penduduk Taman Sri Muda

Mereka bimbang jika tindakan segera tidak dilakukan kemungkinan banjir besar yang berlaku pada Disember 2021 akan berulang.

4. PRU15: Syed Sobri letak jawatan Ketua Bahagian Padang Terap, umum keluar Bersatu

Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Padang Terap, Datuk Syed Sobri Syed Hashim mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan serta keluar dari parti itu serta-merta.

5. PRU15: Siapa bakal ganti Najib di Pekan?

Siapa bakal calon daripada UMNO yang dilihat 'winnable' bagi mengantikan figura politik berusia 69 tahun itu masih belum terjawab.

6. Isu royalti penggiat perfileman perlu dilihat semula - PM Ismail Sabri

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu supaya isu pembayaran royalti bagi mereka yang bergiat dalam industri perfileman dilihat semula.

7. Agong, Raja Permaisuri berkenan adakan lawatan negara ke Singapura

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini memaklumkan lawatan negara itu atas undangan Presiden Singapura Halimah Yacob.

8. Sirap ubat dikait kematian kanak-kanak di Indonesia tidak berdaftar di Malaysia - KKM

Lima produk sirap ubat yang dikaitkan dengan kematian kanak-kanak di Indonesia tidak berdaftar di Malaysia, menurut Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Norhaliza A Halim.

9. Cadangan tiga TPM: 'Biar menang PRU dulu' - Ismail Sabri

Beliau berkata, Barisan Nasional belum membincangkan mana-mana nama untuk mengisi jawatan terbabit sebaliknya memberi tumpuan penuh untuk memenangi PRU15 terlebih dahulu.

10. PRU15: Idris Jusoh umum tak bertanding, beri laluan pemimpin muda

Bekas Ahli Parlimen Besut, Tan Sri Idris Jusoh mengumumkan keputusan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).