ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 24 Disember 2022.

1. [LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Mayat mangsa terakhir dijumpai

Mayat mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di Batang Kali, di sini, ditemukan.

2. 472 kawasan di lima daerah Selangor alami gangguan air

Sebanyak 472 kawasan di lima daerah di Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 7 pagi, Sabtu.

3. Taktik campur daging lembu, kerbau dan babi dikesan

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) mengesan wujud ejen atau syarikat sering menggunakan taktik yang sama untuk cuba menyeludup masuk daging sejuk beku tidak halal ke negara ini.

4. Ipoh di tangga pertama 'lokasi menarik paling kurang dinilai' di Asia - Datuk Bandar

Ipoh disenaraikan di tangga pertama sebagai tempat menarik paling kurang dinilai di Asia oleh portal CNN Travel, kata Datuk Bandar Datuk Rumaizi Baharin.

5. TMJ berkenan pinjamkan kanvas, padang Stadium Nasional dijaga

Permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, dijaga rapi dan dijangka berada pada tahap terbaik, menjelang aksi kedua Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 antara Malaysia dan Laos, malam ini.

6. Sesi persekolahan akan kembali semula ke bulan Januari - Menteri

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memastikan takwim persekolahan dikembalikan semula kepada bulan Januari seperti sebelum ini.

7. Wanita hamil enam bulan ditahan cubaan samun di kedai emas

Polis menahan seorang wanita yang sedang hamil enam bulan selepas dipercayai cuba menyamun sebuah kedai emas menggunakan sebilah pisau di sebuah pasar raya, di sini, pada Selasa lalu.

8. UMNO, BN tidak seburuk yang disangka - Zahid Hamidi

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidaklah seburuk yang disangkakan biarpun parti itu dijadikan bahan kempen politik pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

9. Semai budaya perpaduan, benamkan kebencian - Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia membenih budaya perpaduan dan membuang mesej berbaur kebencian dengan sikap berkasih sayang juga rahmah.

10. Piala AFF: Harimau Malaya mudah 'ratah' Laos 5-0

Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan kedua dalam saingan Kumpulan B Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 apabila mudah menumpaskan Laos dengan keputusan lima gol tanpa balas.