awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita hamil enam bulan ditahan cubaan samun di kedai emas

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
24/12/2022
07:57 MYT
Wanita hamil enam bulan ditahan cubaan samun di kedai emas
Rakaman CCTV kedai emas berhubung cubaan wanita hamil mahu menyamuntular di media sosial Facebook.
AYER KEROH: Polis menahan seorang wanita yang sedang hamil enam bulan selepas dipercayai cuba menyamun sebuah kedai emas menggunakan sebilah pisau di sebuah pasar raya, di sini, pada Selasa lalu.
Tangkapan terhadap wanita berusia 35 tahun yang bekerja sebagai eksekutif disebuah syarikat swasta itu dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sebuah rumah di Kampung Kuala Linggi, Alor Gajah, sekitar pukul 5 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya turut merampas sebilah pisau berukuran 13 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan.
“Sebelum ini, dalam kejadian pada Selasa lalu, pihak polis menerima aduan berhubung kes cubaan samun dengan menggunakan pisau di sebuah kedai emas oleh seorang wanita yang memakai jubah.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah pergi ke sebuah rumah di Kampung Kuala Linggi dan menahan suspek seterusnya di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Terdahulu, satu klip video berkaitan kejadian dipercayai daripada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kedai emas berkenaan tular di media sosial Facebook.
Christopher sebelum ini dilaporkan berkata, wanita itu berpura-pura ingin membeli emas dan pengadu yang merupakan pekerja kedai itu terkejut apabila suspek terbabit tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau dan mengacukannya.
“Wanita itu dikatakan masuk ke kedai dengan memakai jubah dan pelitup muka sebelum berpura-pura ingin membeli emas yang mana ketika melayaninya, suspek tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau dari beg galas lalu mengacukannya ke arah pengadu dan menyuruh memasukkan barang kemas ke dalam beg tersebut.
“Pengadu yang kaku akibat terkejut kemudian ditarik ke belakang oleh rakan sekerjanya... suspek kemudian melarikan diri dan rakan pengadu meminta bantuan pekerja lelaki untuk mencari suspek tersebut, namun tidak menjumpainya,” ujarnya.
Suspek kini direman sehingga 27 Disember ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 393/397 Kanun Keseksaan kerana cuba merompak menggunakan senjata.
Topic Berkaitan
#wanita hamil enam bulan
#cubaan samun
#kedai emas
#sebilah pisau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan